Ilmu Hitam dan Cara Mengatasi – orang awam

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-

  • Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
  • Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
  • Polong : Bagi menghisap darah mangsa
  • Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

Jenis-Jenis Sihir

PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

Cara Mengatasi Sihir-sihir di atas

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-

1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

SAKA ( KETURUNAN )

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.

Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.

1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….

Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagin tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya.

(Rujukan: http://cvtampang.tripod.com)

About these ads

16 Respons

  1. Sbl anda melakukan usaha2 utk mengatasi sihir/syaitan:

    1- wajib ke atas anda mempelajari semula apakah erti TAUHID yg sebenar & AQIDAH yg murni ie. dgn meletakkan 100% keyakinan anda bhw Allah yg sebenarnya Maha Kuasa atas segala sesuatu.

    Luangkan masa anda utk mendengar ceramah yg berkualiti & mudah difahami (saya suka dengar kuliah Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin) dpd penceramah yg BENAR TAUHIDnya agar lebih mantap & berkuasanya minda anda di mana ia bisa menghalau ketakutan anda terhadap syaitan.

    Jika anda masih punya walau sedikit shj keyakinan bahawa syaitan bisa memudaratkan anda, maka itulah juga yg akan Allah beri kpd anda!

    2- wajib atas anda utk meyakini bahawa jin/santau/patung atau apa shj tidak sesekali memiliki apa2 kuasa utk memudaratkan anda kerana di dlm hati anda, hanya Allah yg bisa memberi izin utk dikabulkan doa2 pelaku syirik itu atau pun tidak.

    Mereka juga makhluk Allah yg tak akan dapat berbuat apa2 kerana pada asalnya, mereka juga lemah spt kita!

    Seandainya anda ditimpa musibah2 spt ini, lebih baik bagi anda meluangkan lebih waktu utk mendekatkan diri kpdNya – jgn asyik cari bomoh/ustaz saja sampai lupa nak dahulukan Tuhan!

    Bisa juga bagi Allah mengizinkan perbuatan jahat mereka agar anda lebih mengingatiNya kerana dlm masa yg sama, pasti anda sering membaca al-Quran beserta tafsirnya, melakukan solat sunat, berzikir, insaf akan dosa2 & kelalaian anda terhadap Yg Esa serta menghadiri kelas2 agama (kerana mereka yg hadir itu akan dipayungi dgn sayap2 para malaikat & syaitan sudah tentu tidak mahu berada di situ).

    Daripada asyik terbaring shj di katil atau membuang masa & duit mencari bomoh atau mana2 makhluk Tuhan, adalah lebih bermanfaat bagi anda menambahkan amal ibadah & amal jariah kerana setiap pemberian bisa menahan musibah yg bakal tertimpa ke atas diri anda. (Jika anda seorg yg KEDEKUT, maka segerakanlah memberi biar pun RM1 sehari.)

    Jika anda tidak mampu beramal jariah, curahkanlah tenaga & buah fikiran anda sbg bakti utk agama sbl anda dijemput Malaikat Maut – kerana bisa saja org2 yg dikuasai sihir ini akan sering ketakutan dek syaitan & kematian.

    Akhir kata, percayalah bahawa Allah tidak akan menzalimi anda!
    & anda seharusnya berusaha memperbaiki diri & mengatasi kelemahan iman anda agar musibah spt ini tidak akan berulang lagi. Insya-Allah!

  2. Terima kasih di atas saranan Saudara Jinjuhayata. Ternyata saranan yang diberikan adalah perkara asas dalam menghadapi gangguan2 yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. InsyaAllah, apapun yang kita perbuat, yang paling penting ialah keyakinan kita kepada kuasa Allah Azzawajalla dalam menghadapi ujian-Nya.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  3. Ya, sama2.

    Sebenarnya, anda bisa juga meRUQYAH diri sendiri dgn air ZAMZAM. Ambil segelas air Zamzam & bacalah keseluruhan doa dpd al-Quran & as-Sunnah – lakukan SETIAP HARI.

    Di samping meminta kesembuhan, mintalah juga agar anda diberi ilmu & hikmah, dihilangkan lapar & dahaga di Padang Mahsyar kelak, dimasukkan ke syurga – baca semuanya!

    Saranan2 yg saya beri ini kelihatannya mudah shj tapi hasilnya amat menakjubkan.

    Cubalah! Anda tidak akan sesekali merasa rugi (meluangkan masa utk melakukan apa yg saya sarankan) & dirugikan (pula masa,tenaga & wang anda).

    & jgn anda kata yg anda kurang buat amal ibadah lalu menganggap Allah tidak akan atau lambat mengabulkan doa anda. Seburuk mana pun kita, Allah tahu yg kita amat mengharapkanNya!

  4. yaps,, thanks ..
    tapi cara menghilangkan ilmu sihir semar mesem gimana ya??

  5. suami saya kan tukang sayur tpi beberapa minggu ini sepi bgt dagangan abis duit gda.
    klo kta orng ada yg jahatin suami saya klo bleh tw gmna ya cranya ngilangin ilmu yg dah jahatin suami saya mhon di koment

    • Pn Yulie, kadang-kadang kita ini terlalu taksub dengan per’buat’an orang. Sedangkan kita tidak nampak apa yang sebenarnya berlaku di dalam diri kita sendiri. Penulis sarankan Pn kerapkanlah menyuruh suami Pn membaca Surah Alam Nashroh (Al-Insyiroh) sebanyak 7 kali, selama 7 hari berturut-turut selepas solat fardhu Maghrib dan Isya’. Selepas hari yang ke tujuh, Pn berdoa secara penyerahan total kepada Allah SWT agar dibukakan pintu rezki dan mohonlah kekayaan dunia dan akhirat. InsyaAllah, Pn akan dapat lihat keputusannya selepas itu.

      Selamat beramal.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  6. saya adalah salah seorang dimana saya terkena santau,santau ini dilakukan terhadap saya yang bertujuan untuk memastikan bahawa saya tidak dapat menyambung pelajaran,fikiran saya yang sentiasa tergangu apabila saya hendak belajar, otak saya menjadi kosong dan seolah-olah tidak dapat berfikir sewaktu mengambil peperiksaan. Alhamdulillah..dengan izinya saya masih dapat smbung bellajar walaupun bukan di universiti yang ternama.. Kuasa Allah… Hinanya mereka golongan yang menggunakan ilmu hitam ini yang bertujuan memastikan orang lain terseksa..masyallah…

    • Inilah akibat daripada bisikan dan hasutan dengki khianat manusia. Gunakan cara yang seperti penulis senaraikan di atas untuk menyelesaikan masalah saudara. Pada masa yang sama, amalkan dan jadikan darah daging ayat 4 Qul – Qulya, Qul’a’uzubirobbil kholaq, Qul’a’uzubirobbin nas, dan Qulhuollohhuahad. Kaedahnya, jgnlah saudara miss solat 5 waktu sekurang-kurangnya 40 hari berturut-turut. Setiap kali sesudah solat, bacalah ayat Qalammullah di atas, bertafakur (kosongkan fikiran) kemudian menarik nafas dalam-dalam dan menyebut Lahaulawala kuataillabillahhil’aliyil’azim (3x). Dan mintalah perlindungan Allah.

      Kaedah kedua, saudara cubalah cari Ayat 7 dan amalkan setiap hari. Nescaya santau itu akan berbalik semula kepada pengirimnya. Penulis akan huraikan apakah ayat 7 itu pula kemudiannya.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  7. .

  8. Selamat sejahtera kepada tuan MahmudShah..moga rahmat dan redho Allah buat tuan dan seluruh pengunjung blog ini.Alhamdulillah di ketemukan dengan blog yang bermanfaat ini.Suka saya kongsikan dan bertanya kepada tuan , saya telah banyak mempelajari tentang ilmu hikmah dari pelbagai perguruaan , namun kebanyakan hanya sekerat jalan dan masih mencari dan terus mencari.Soalannya apakah dan bagaimana kita hendak mengetahui tentang kebenaran sesuatu ilmu itu dan kiranya tersalah ilmu bolehkah ilmu itu dibuang kerana ada unsur jin atau pendamping.Mohon perjelaskan.Terima kasih.

    • Salam sejahtera buat saudara kembarasufi. Terima kasih di atas kesudian tn mengunjungi blog ini. Pertamanya, sekiranya kita ingin berguru, janganlah separuh jalan. Kerana mmg berguru itu pantangnya belajar separuh separuh. Eloklah diperdalami segala ilmu yang hendak dipelajari sehingga habis :-).

      Adapun untuk mengetahui sesuatu ilmu itu salah atau benar, cubalah dengan kaedah membaca istighfar 3x dan syahadah 3x kemudian tarik nafas dalam2, dan tanyakan pada hati samada ilmu itu benar atau tidak. Pe’rasa’an hati yg pertama itulah yg benar. Selalunya jika ilmu itu tidak benar, hati akan rasa tidak sedap dan berkecamuk pemikiran. Dan sebaliknya jika ilmu itu benar, hati akan tenang, dan fikiran akan tenang juga.

      Ilmu yg salah apa sahaja jenis boleh dibuang dan ditinggalkan. Caranya: janganlah ditinggalkan walau satu waktu pun solat 5 waktu selama sekurang-kurangnya 40 hari berturut-turut. Setiap kali selepas solat tersebut zikirkan Subhanallah walhamdulillah walailahhaillallahwallohhuakbar sebanyak 33 kali. Tepat hari yang ke 40, tn akan rasa sesuatu dan ketenangan hakiki. Tapi harus diingatkan, ujian untuk tidak meninggalkan solat 40 hari berturut-turut walau satu waktu pun itu tersangatlah berat. Niatkan dan azamkan dalam-dalam utk berjaya.

      p/s: Kaedah di atas melalui petua yang penulis dapatkan daripada ahli hikmah aka guru penulis. Perlu ada keyakinan mengamalkannya. Mudah mudahan berhasillah hendaknya.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

      • subhanallah,walhamdulillah,setelah membaca kaedah2 diatas,sungguh banyak pelajaran yg bisa di amalkan,terima kasih saudara penulis,,semoga allah selalu melindungi ….

  9. Alhamdulillah… terima kasih saudara.

    …di mana aku berada di saa ada DIA…

  10. This article could not be written any better! Helpful.

  11. salam saya ada satu macalah boleh tolong tak

  12. saya mo tnya dong ,di dkt rmh ada yg bnci bngt sm sya,smpai bju sya di buang nya tp q gk tau spayg buang ,gmn y cra nya tuk dpt mngthui spa yg dh buang pkaian sya.krn sya gk mau suuzon sm orng,mhn bntuan dn jwbn nya,tq

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 97 other followers

%d bloggers like this: