Empat Macam Ibu dan Empat Kalimat Pilihan daripada Kitabullah.

Ada yang mengatakan bahawa ibu itu ada empat macam iaitu:

1. Ibu ubat ialah sedikit makan.

2. Ibu kesopanan ialah sedikit berbicara.

3. Ibu ibadah ialah sedikit dosa.

4. Ibu cita-cita adalah sabar.

Sebahagian para hukama’ memilih empat macam kalimat daripada empat kitab Allah, iaitu kalimat dari kitab Taurat:

Barangsiapa yang redha atas apa-apa yang diberikan Allah kepadanya, maka dia akan beristirehat di dunia dan juga di Akhirat

Kalimat daripada Kitab Injil pula ialah:

Barangsiapa yang telah menundukkan keinginan-keinginan syahwatnya, maka dia akan menjadi orang yang kuat di dunia dan akhirat

Kalimat daripada kitab Zabur pula ialah:

Barangsiapa yang berkhalwat (menyendiri) dari manusia, maka dia akan selamat

dan kalimat daripada kitab Al-Qur’an pula ialah:

Barangsiapa yang memelihara perkataannya, maka dia akan selamat di dunia dan juga di akhirat

Dalam sebuah hadith pula Rasulullah SAW bersabda:

Amal yang paling dicintatai Allah ialah memelihara perkataan (HR Baihaqi) dan Afiat itu terdapat dalam sepuluh bahagian, sembilan bahagian terdapat pada diam, sedangkan yang kesepuluhnya terdapat pada mengasingkan diri dari manusia (HR Dailami)

dan seterusnya Abdullah bin Mubarrak berkata:

Sesungguhnya ada seorang yang bijaksana yang mengumpulkan beberapa hadith dan memilih empat puluh ribu hadith, dari 40 000 hadith tersebut lalu dia memilih 4000 hadith, seterusnya memilih 400, 40 dan akhirnya 4 hadith dan menjadi 4 kalimat iaitu:

1. Janganlah kamu percayakan sepenuhnya semua urusan kepada perempuan.

2. Janganlah kamu terpedaya oleh harta benda.

3. Janganlah kamu memasukkan apa saja ke dalam perutmu hingga tidak kuat perutmu menanggungnya.

4. Janganlah kamu mengumpulkan ilmu yang tidak bermanfaat bagimu

Tentang ilmu Imam Syafi’i pula katanya; Barangsiapa yang belajar Al-Qur’an besarlah harta dirinya, barangsiapa yang belajar Fiqh, mulialah kedudukannya, barangsiapa yang menulis hadith, kayalah hujjahnya, barangsiapa yang belajar ilmu hisab (matematik) sihatlah fikirannya, barangsiapa yang belajar bahasa Arab, haluslah tabiatnya dan barangsiapa yang tidak menjaga dirinya, maka tidaklah bermanfaat ilmu baginya.

(disunting daripada buku Tingkatan Makrifat – Muhammad Nawawi)

About these ads

Satu Respons

  1. You’re so cool! I don’t suppose I’ve read a single thing like this before. So good to find somebody with unique thoughts on this issue. Seriously.. many thanks for starting this up. This web site is one thing that is required on the internet, someone with a little originality!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 107 other followers

%d bloggers like this: