Batu Jarum Mas (Rutilated Quartz)

Bagi peminat-peminat koleksi batu cincin, batu jarum mas bukanlah suatu batu yang asing lagi bagi mereka. Bentuk batu ini yang jernih sejernih pure kristal dilengkapi dengan cakaran-cakaran emas amat memukau sesiapa yang melihatnya. Apatah lagi jika disalut pula dengan perak yang berkilauan. Penulis ada juga menyimpan batu ini. Bak kata ‘pemberi’ batu, batu ini akan bercambah emasnya dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian pemakainya. Lagi banyak emas yang tumbuh, lagi sesuailah batu tersebut dengan si pemakainya.

Nama lain bagi jenis kristal ini ialah Rutile’s in Quartz atau Venus Hair Stone. Batu ini diyakini barat sebagai batu yang mampu menggerakkan tenaga. Batu ini ialah sejenis Quartz yang dipenuhi jarum-jarum berwarna-warni yang keemasan yang di sebabkan oleh mineral titanium diokside yang bercampur dengan kristal asalnya. Jarum-jarum yang terdapat di dalamnya itu samada berwarna kemerahan, berwarna keemasan, berwarna perak atau berwarna kehijauan (sangat jarang dijumpai).

Batu jarum mas ini diyakini dapat meningkatkan tenaga tubuh badan di dalam semua level cakra. Batu ini jua diyakini mampu meningkatkan fokus dalam daya pemikiran dan mentaliti semulajadi. Ia juga mampu meningkatkan daya tarikan terhadap cinta dan perhubungan yang stabil. Amnya, batu ini biasanya sangat efektif untuk membekalkan tenaga bagi menggerakkan sesuatu. Ia mampu menjadikan cakra yang kurang aktif menjadi lebih aktif malahan lebih stabil dan seimbang.

Secara keseluruhannya, batu jarum mas sangat baik untuk mereka yang sentiasa terganggu emosinya walaupun di sebabkan perkara-perkara yang kecil. Ia mampu menghilangkan rasa takut dan sangat baik dalam membantu si pemakainya membuat keputusan yang tepat. Selain itu, ia menjadikan si pemakainya berasa tidak kesunyian dan mendorong kebahagiaan.

 

Wollohhu’alam.

  1. Assalaamu’alaikum. Lama x jenguk akhi Mahmud Syah ni. Dalam saya search psl batu jarum mas, rupanya bro Mahmud ada pos tentang ni yerr, bagus2.

    target ambe seterusnya pun utk cari batu jarum mas, hari ni baru dapat tiger eye sutir huhu. Terima kasih boss , jazaakallahu khoir. :)

  2. Wa’alaikumussalam sahabat. Peminat batu juga rupanya.. pasti bnyk koleksi2 batu yang ada dalam simpanan saudara. Jarum mas ni kata org tua jika serasi dengan kita akan bercambah jarumnya. Tapi pelik juga batu jarum mas penulis ni, tak bercambah tak berkurang… hehehehe… apa-apa pun semoga saudara di sana dlm keadaan sihat wal’afiat walaupun dengarnya banyk daerah di pantai timur dilanda banjir… kami doakan saudara serta semua sahabat2 pembaca di pantai timur dilindungi Allah dari bencana..

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  3. Ambe x banyak mana lagi, tapi dalam usaha utk memperbanyakkan setakat mampu hehe. Best engok batu2 asli ciptaan ilahi, belum lagi batu2 permata kat syurga tu.

    Ambe rasa akhi Mahmud lagi banyak dalam simpanan tu, bila ntah boleh tengok depan mata.

    Deme tahu ke, selain dari bakar batu jarum mas utk tahu dia asli ke tidak, apa cara lain lagi boh?

    Ganu setakat ni ok lagi, x tahu lah gelombang kedua yg diramal pertengahan bulan ni. Moga2 selamat lah semuanya, amin :)

    • apit
    • 12 Disember 2011

    saya ade 1 batu ni tp blum dicanai

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 31 other followers