Makhluk Asing berdasarkan Qurán – Bab 1: Pengenalan

Assalammuálaikum wbt. Terlebih dahulu penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Saudari Aphiq kerana menyumbang artikel yang amat mengesankan dan menginsafkan kepada kita sebagai umat Islam. Penceritaan mengenai makhluk asing, yang mungkin sesetengah daripada kita (di kalangan umat Islam sendiri) menganggap remeh dan isu yang tak perlu diketahui. Namun, bagi diri penulis, maklumat dan kajian mengenai makhluk asing ini merupakan satu kajian yang amat besar di samping secara tidak langsung merupakan bukti bahawasanya Qurán bukanlah kitab rekaan manusia, melainkan ianya merupakan mukjizat yang terpelihara hingga hari kiamat. Mari kita lihat dan fikir sama-sama kajian ini yang sebenarnya dilaksanakan oleh saintis Barat tetapi diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Saudari Aphiq kita. Terima kasih Saudari Aphiq. ;-)

Jupiters four Galilean moons, in a composite image comparing their sizes and the size of Jupiter (Great Red Spot visible). From the top, they are Io, Europa, Ganymede, Callisto

Jupiter's four Galilean moons, in a composite image comparing their sizes and the size of Jupiter (Great Red Spot visible). From the top, they are Io, Europa, Ganymede, Callisto

 

PENGENALAN

 

Pada 7 Ogos 1996, saintis NASA telah membuat suatu pengumuman yang menjadi berita muka hadapan di dada-dada akhbar seluruh dunia. Di celah-celah meteorit Martian, mereka telah menjumpai bukti hidupan mikroskopik (halus) yang mungkin telah wujud di planet marikh lebih dari 3 billion tahun yang lalu. Walaupun terdapat kajian yang dicetak selepas penemuan itu yang menyangkal kesimpulan tersebut, banyak penemuan baru sebagai contoh; penemuan oleh kapal angkasa Galileo pada Februari 1997 di mana terdapat lautan merah di bawah kepingan ais pada bulan di planet Musytari iaitu Europa. Hal ini telah memberi harapan untuk menjawab salah satu persoalan lama yang kerap ditanya oleh manusia- “Adakah sesiapa di luar sana atau hanya kita yang hidup dalam alam ini?”

 

Marss thin atmosphere, visible on the horizon in this low-orbit photo.

Mars's thin atmosphere, visible on the horizon in this low-orbit photo.

 

 Walau bagaimanapun, mungkin tiada sesiapa pun di antara kita yang akan hidup untuk melihat hari di mana para saintis akan memberi jawapan kepada persoalan tadi. Untuk umat Islam, ini bukanlah suatu permasalahan kerana kita telah pun memiliki jawapannya. Walaupun kebanyakan umat Islam seakan tidak mengambil peduli akan fakta tersebut, al-Quran telah menyatakan secara jelas tentang kewujudan hidupan lain di muka bumi.

 

Kewujudan hidupan secara dasar kerohanian seperti malaikat di alam ini, telah diterima sebagai suatu fakta oleh semua umat Islam, begitu juga penganut agama lain seperti Kristian. Fakta yang mencetuskan kegembiraan di kalangan umum dan saintis ialah persoalan samada hidupan lain seperti kita yang boleh ditemui secara saintifik benar-benar wujud di luar bumi. Tujuan artikel ini adalah untuk membentangkan bukti daripada al-Quran tentang kewujudan hidupan lain di alam ini. (Kehidupan seperti yang kita tahu)

 

“DABBATUN”

 

Dalam Surah 42 ayat 29 (42:29) di dalam al-Quran, kita diberitahu,” Dan di antara ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan)-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendaki-Nya.” Sebelum meneruskan dengan lebih lanjut, beberapa isi penting perlu dilihat. ‘Sama’ yang bermaksud syurga juga memberi makna langit dalam bahasa Arab. Seseorang mungkin boleh menyangkal bahawa ayat tersebut merujuk kepada hidupan di langit (yakni burung) dan bukan di dalam syurga. Namun burung telah dinyatakan secara berasingan daripada makhluk di dalam syurga dalam ayat 24:41,” Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya…” Dalam nota kepada 42:29, Muhammad Asad menyatakan,” Di dalam al-Quran, pernyataan “syurga dan bumi” memperlihatkan keseluruhan alam yang tidak berubah-ubah. Al-Quran juga menyatakan objek yang tidak bernyawa turut menyembah Allah:” Dan apakah mereka tidak memperhatikan segala sesuatu yang telah diciptakan Allah yang bayangannya berbolak-balik ke kanan dan ke kiri dalam keadaan sujud kepada Allah, sedang mereka berendah diri?” (16:48).

Bayang-bayang

Dan apakah mereka tidak memperhatikan segala sesuatu yang telah diciptakan Allah yang bayangannya berbolak-balik ke kanan dan ke kiri dalam keadaan sujud kepada Allah, sedang mereka berendah diri?” (16:48)

 

 Oleh itu, boleh jadi makhluk yang dinyatakan di dalam ayat 42:29 di dalam syurga, adalah makhluk Allah yang tidak bernyawa. Tidak. Ayat seterusnya 16:49 menyatakan,” Dan kepada Allah sajalah bersujud segala apa yang berada di langit dan semua makhluk yang melata di bumi dan (juga) para malaikat…”. Pernyataan “makhluk” di sini adalah sama seperti di dalam ayat 42:29- “Dabbatun”, Asad menyatakan,” Perkataan “dabbah” merujuk kepada sebarang hidupan, makhluk (manusia) yang boleh bergerak secara spontan dan berbeza dengan makhluk bukan manusia ataupun spiritual seperti malaikat. Dalam maksud lain, 42:29 dengan tepat merujuk kepada jenis makhluk yang dicari di dalam sains dan bukannya kewujudan metafizik. Yusuf Ali mengatakan,” Dabbatun: haiwan atau segala jenis makhluk yang hidup, merangkak”. Ini sama seperti pernyataan dalam ayat 2:164,” …Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan…sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kabesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan” dan dalam ayat 24:45,” Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebahagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya…” Ulama Shabbir Ahmad Usmani mengulas ayat 42:29,” Daripada ayat tersebut menunjukkan bahawa seperti di bumi, di syurga juga terdapat beberapa jenis haiwan dan hidupan.”

 

 

Simulated view of a black hole in front of the Milky Way. The hole has 10 solar masses and is viewed from a distance of 600 km.

Simulated view of a black hole in front of the Milky Way. The hole has 10 solar masses and is viewed from a distance of 600 km.

 

Untuk ayat yang sama, Yusuf Ali memberitahu,” Kehidupan adalah tidak terbatas kepada planet kita sahaja. Ia adalah suatu spekulasi lama untuk membayangkan beberapa hidupan seperti manusia di planet Marikh…ia adalah munasabah untuk menganggap bahawa kehidupan di dalam sesetengah struktur ataupun yang lain disebarkan melalui jutaan jasad yang hebat yang tersebar di angkasa.” Melalui pernyataan tersebut, pembaca akan menyedari bahawa umat islam benar-benar mengetahui fakta di mana ayat 42:29 dengan jelas menyatakan kewujudan makhluk asing.

(Bersambung ke Bab 2: Terdapatkah kehidupan makhluk asing yang berkebolehan?     

 

Sistem Solar

Sistem Solar

About these ads

30 Respons

  1. Pendapat saya makhluk-makhluk yg melata di langit tu kemungkinan besar wujud seperti yg dinyatakan dalam Al Quran. Tetapi mereka bukanlah terdiri dari jenis yg berakal seperti manusia. Bahkan mereka tiada berakal dan mungkin kelihatan bentuknya seperti binatang atau ada juga seperti tumbuhan. Mereka bukanlah berkebolehan mencipta kapal-kapal yg berteknologi sangat tinggi sehingga boleh sampai ke bumi seperti yg terdapat dalam filem2 Barat. Masakan mereka sanggup mencipta sedang mereka tidak berakal. Secara logiknya kalau mereka berakal, kenapa hidayah rasul-rasul tak sampai kepada mereka atau kitab-kitab (seperti Quran) yg menerangkan kepada mereka???

    Makhluk-makhluk yg mungkin terlihat atau terjumpa di Roswell atau di mana-mana tempat itu berkemungkinan jelmaan jin,… ya jin…jin yg jumlahnya lebih banyak daripada manusia. Begitulah pendapat saya. Wallahu’alam.

  2. Salaam Aidil Adha buat akhi Naruto san @ Mahmud Shah dan semua warga Mahmudshah.wordpress.com. Taqobbalallahu minkum :)

  3. Assalamualaikum..wbt..

    eh hikmatun….bukan narutolaaaaahh…nama die Neiji…..neiji kunh hait!!!…. Naruto tu kawan neiji…..

    jgn mara ha…gurau jaa.. :D… kalau marah nanti kene ‘KORBAN’..hehehhehe

    Selamat Aidil Adha buat semua….Semoga sentiasa mendapat redha ALLAH….dan sentiasa termasuk dalam orang2 yg diberi hidayah..amiin

  4. Selamat Hari Raya Aidiladha juga buat semua sahabat sekalian. Saudari SFR saya dengar ada buat korban ikan patin? Betul ke? :-)

  5. ewah ewah….. ish ish ish.. main dengar2 pulak….dengar dari sapa ni? ikan duyung bagi tau eh?

  6. Ha, ini bapak ikan duyung cakap. Ikan duyung asalnya dari manusia. Mengikut cerita orang itu namanya Mat Seman, asal dari Kelantan. Dia ini tak waras. Lepas itu ia berkahwin dengan seekor ikan sepat. Lepas itu lahirlah anaknya separuh manusia dan separuh ikan. Ikan duyung pertama ditemui di Laut China Selatan pada tahun 1974. Ikan itu ditemui oleh seorang nelayan yang bernama Jarmi Bin Mat Su’od. Dipercayai ikan duyung itu adalah keturunan ke-5 Mat Seman yang berkahwin dengan ikan sepat itu. Duyung itu kemudian dibunuh kerena cuba menyerang Jarmi. Menurut Jarmi, rupa duyung itu seperti manusia. Tetapi tiada rambut. Ada lengan dan jari. Saiznya pula seperti manusia biasa. Warna kulit gelap seperti orang Negro. Telinganya capang. Maka sahlah itu ikan duyung jantan.

  7. Heeeee…. =]]

  8. salam semua,

    sebenarnya fenomena makluk asing atau UFO adalah dari bangsa manusia juga. Nabi Adam AS adalah manusia yang diberikan kemampuan yang 100% .kecuali kita ,menurut para ahli kemampuan kita hanya 2,5 % saja yang aktif.Albert einstein saja 3% sudah pintar dan jenius heheheh.Allah pun menyatakan bahwa manusia adalah makluk ciptaan yang paling sempurna dibanding dgn makluk lainnya .sehingga dlm sejarah malaikatpun tunduk kecuali iblis yang tidak menerima.
    Sebenarnya para ahli dari US telah menyelidiki mayat UFO yang jatuh ke bumi menyatakan dlm laporan “bahwa DNA mayat makluk UFO sama dengan manusia di bumi kita.
    walaupun secara fisik ada perbedaan, perbedaan tersebut dikarnakan oleh suhu,tempat dan pola makan. seperti kita saja ada perbedaan antara fisik orang barat,afrika dan asia hehehe
    Nabi adam hidup bukan dibumi kita pijak sekarang, nabi Adam hidup dan sering hijrah ke galaksi lainnya dan beranak pinak disana. jelas dlm quran pun , bahwa manusia ditakdirkan sebagai khalifah bumi, artinya makna bumi itu luas. bumi itu bisa alam semesta. hanya kemampuan manusia 100% semakin sudah tidak ada,bayangkan bila 10% saja kemampuan manusia dapat merusakkan /menghancurkan bumi hehehe.
    makluk ufo yang sering mampir ke bumi kita ini memiliki sejarah, zaman dahulu mereka pernah singgah dan berinteraksi dgn manusia ,contoh liat piramida mesir adalah arsitek dari makluk ufo, liat artefat tulisan di piramid ada gambar ufo. dll
    fenomena hancurnya benua atlantis, adalah buah karya mereka juga.
    masih byk lagi link makluk ufo adalah dari manusia juga.mungkin kita akan sambung lagi cerita ini.

  9. Bukti keberadaan bangsa MOSRAM Feb 24, ’09 6:21 PM
    for everyone

    Masih ingat gambar ini…?

    Ini adalah gambar yang akang perlihatkan pada tahun 1994 dulu ketika ada open dialog di Unisba . Ketika itu adalah open dialog pertama soal Alien , dimana Akang membahas tentang keberadaan mereka dan bentuk mereka secara masih kasar dan menggunakan proyektor slide . Pada waktu itu pula , Internet belum seperti sekarang , masih berupa barang langka dan mahal . Kali ini Akang akan membahas keberadaan bangsa Mosram . Bangsa Mosram sering membantu Bangsa Mesir kuno . Mereka membuat konsep tentang Piramida dan rekayasa genetic . Bangsa mereka memiliki kepala yang panjang ke atas .

    Ini adalah photo Nefertiti seorang dewi yang hidup pada zaman mesir kuno , perhatikan kepala sang dewi .Kepala sang dewi panjang sekali , ini berarti otaknya juga jauh lebih besar dibandingkan otak manusia normal .Itu berarti juga dia memiliki intelegensia jauh lebih baik .Ini adalah patung Nefertiti yang berada di museum mesir .Beberapa gambaran dari dewa dan dewi mesir kuno memiliki kepala yang panjang panjang .

    Apakah ini kebetulan ? mengapa orang orang mesir kuno memberikan gambaran kepala panjang pada setiap patung , gambar atau ukiran yang mereka buat , pasti ini ada penyebabnya , dan mereka pasti punya gambaran sebelumnya mengenai hal itu , tidak mungkin tanpa alasan yang tidak jelas

    Ini adalah photo tengkorak yang ditemukan di peru , perhatikan bentuk kepalanya yang panjang .Photo ini dan beberapa gambar serupa diambil dari museo regional de ica .

    Ini jelas sekali bukan tengkorak manusia seperti kita , banyak para ahli yang tidak bisa menjelaskan secara logika mereka , mengapa kepala tengkorak ini begitu panjang .Masih ada beberapa tengkorak seperti ini ditemukan di peru dengan variasi yang lebih kecil .Banyak artefak yang sama seperti yang ada di mesir juga ditemukan di peru dengan perkiraan zaman yang sama dibuat dengan zaman di mesir kuno .Dua kultur antara mesir kuno dengan peru tidak ada kontak dan hubungan apapun pada zaman itu dan karena alasan jarak pula yang terlalu jauh memisahkan mereka .

    Inilah bukti bukti tentang keberadaan bangsa mosram . Sebuah bangsa yang punya nilai seni tinggi dan memiliki teknologi rekayasa genetic yang sangat jauh melampaui bangsa alien yang lain , sehingga mampu membikin mahluk mahluk hybrid seperti gambar dibawah ini

    Mereka mampu membikin suatu ras baru percampuran antara manusia bumi dengan bangsa mosram , sehingga wajah dan badan manusia bumi dengan kepala bangsa mereka , dan kemampuan otak bangsa mereka , dan itu pula yang menjadikan mahluk hybrid itu memiliki kemampuan seperti dewa dewa , karena pengetahuan dan teknologinya . Bangsa mosram sangat suka sekali membuat pyramid dan crop circle .

    http://dickyzainal.multiply.com/journal/item/11

  10. Bukti keberadaan bangsa BROPA

    Assalamualaikum Wr. WB.

    Ketika pertama kali Akang open dialog tentang bangsa-bangsa Alien , waktu itu yang diadakan di UNISBA pada awal 90-an , Akang pernah bercerita tentang bangsa TARX , MOSRAM , BROPA dan ZNEZNELA . Kita akan bicarakan salah satu bangsa Alien yaitu bangsa BROPA . Bangsa BROPA mempunyai badan yang antara kepala dengan tubuh seperti tidak punya leher . Dibawah ini adalah salah satu bukti tentang keberadaan mereka .

    Dropa stone ( gambar diatas yang bulat-bulat ) ditemukan pada tahun 1938 pada perbatasan china dan tibet , tidak diketahui siapa yang menemukannya pertama kali . Dropa stone diperkirakan dibuat pada 20000 tahun lalu. Yang menakjubkan, benda yang berdiameter 9 inchi dan tebal 3 inchi ini benar2 bulat!! . Padahal diperkirakan pada 20000 tahun yang lalu belum ada teknologi untuk menciptakan benda yang benar2 bulat ( menurut para ahli yang belum tentu ahli ) dan yang lebih menakjubkan lagi, terdapat 716 benda yang sama (dengan bentuk yang benar2 sama) terdapat dalam gua yang sama. Didalamnya terdapat tulisan-tulisan.Belum ada yang dapat menterjemahkan tulisan-tulisan tersebut sampai pada tahun 1962.Tulisan tersebut akhirnya dapat diartikan oleh seorang Arkeolog bernama Dr. Tsum Um Nui.Hasilnya Luar biasa dan menakjubkan…Isi dari batu tersebut mematahkan segala spekulasi yang berkembang . Spekulasi mengenai isi dari batu tersebut yang diduga menceritakan tentang ritual religi atau sebagainya.Ternyata batu tersebut menceritakan tentang bangsa Dropa yang berasal dari angkasa nun jauh. Disana disebutkan tentang kendaraan mereka yang rusak dan mereka terpaksa mendarat di gunung Baian-Kara-Ula di Himalaya.Kendaraan mereka tidak dapat diperbaiki dan akhirnya mereka memutuskan untuk menetap di gua. Di gua tersebutlah ditemukan dropa-dropa stone itu. Dr.Tsum Um Nui menterjemahkan dengan Dropa .

    Apabila dilihat dari ciri-ciri peninggalan yang berupa roda roda tersebut , itu adalah peninggalan bangsa BROPA . Mungkin yang dimaksud adalah BROPA bukan DROPA . Gambar disebelah kanan roda dropa adalah hasil karya bangsa aborigin . Disana diperlihatkan bagaimana Bangsa BROPA datang ke Australia juga . Gambar dibawahnya ditemukan di Italia , tidak diketahui itu buatan tahun berapa .

    http://dickyzainal.multiply.com/journal

  11. Rudi Satria Anggara berkata:

    sebenarnya fenomena makluk asing atau UFO adalah dari bangsa manusia juga. Nabi Adam AS adalah manusia yang diberikan kemampuan yang 100% .kecuali kita ,menurut para ahli kemampuan kita hanya 2,5 % saja yang aktif.Albert einstein saja 3% sudah pintar dan jenius heheheh.

    Ulasan: Penulis tertarik dengan kenyataan saudara Rudi. Ini ada benarnya. Di mana agaknya sumber saudara Rudi peroleh? Tapi iyalah, penulis juga pernah dengar tentang kemampuan manusia itu. Ada juga beberapa paduan zikirullah menjadikan manusia itu ‘Super’ dan hebat. Sepertimaa yang pernah dilakukan oleh seorang pemuda di zaman Nabi Sulaiman AS yang mampu membawa istana Balqis ke hadapan Nabi Sulaiman AS sekelip mata sahaja. MasyaAllah… luasnya ilmu Allah!!

    • as salam saudara mahmud shah zikirullah apa yg bole menjadikan manusia super atau hebat? saya sangat tertarik dengan info yg sangat berguna..

  12. laman nie bagi sya best..dan banyak pengajaran boleh kita dapat

  13. laman nie bagi sya best..dan banyak pengajaran boleh kita dapat

    Alhamdulillah…

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  14. makin bertambah ilmu yg kucari selama ini….berkatilah penulis ini…amin…

  15. Apa saja yg dicipta oleh Allah di panggil makhluk.

  16. Segala puji bagi Allah… Betul saudara mail. Segala yang dicipta oleh Allah dipanggil makhluk kerana Allah lah Khaliknya.

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  17. saya nak sangat pergi ke dunia makhluk asing, jom lah kita pergi ke sana. kita cari. tinggal dengan dia orang. tinggal kan bumi manusia ni dah boring la…..

  18. wawlahu allam bisawab

  19. s7 buanget dg pndpt kang rudy….>_< masuk akal n ilmiah…..mdh dmengerti n dicerna

  20. urm… saya rasa ,tak eloklah jika kita anggap kita sahaja makhluk yang berakal .. ini menunjukkan kita ego … selain anugerah akal yang diberi Allah kepada manusia,akal tidak dapat membimbing umat manusia untuk membentuk tamadun ..tetapi Wahyu yang dikurniakan manusia larh yang mmbentuk tamadun ,tetapi kalau mnusia tdak dkurniakan wahyu .. kita masih maju ,kita masih boleh bina macam2 pmbangunan ,tetapi kita tak mungkin akan aman kerana kita akan saling memusnahkan sesama sendiri kerna tiada agama! jadi agamalah yang mmbimbing manusia unuk brkembang mnjadi tamadun yang maju dan aman,ctohnya lihat sajalah penghasilan senjata nuklear , hanya orang yang tidak memiliki fitrah beragama je akan setuju sekira perang nuklear berlaku! kesimpulannya saya yakin sememangnya ada makhluk yang maju dan pintar dari umat manusia tetapi mereka tidak dikurniakan wahyu dan para rasul ,oleh itu sifat mereka buruk sekali , yang istimewanya manusia di SisiNYA ialah kita dikurniakan rasul Muhammad S,A,W. wallahualam ..

    • Saudara Abdul Hadi, terima kasih di atas pendapat tersebut. Namun demikian janganlah kita lupa bahawa telah tersebut di dalam al-Qur’an bahawa manusia adalah seelok-elok kejadian yang Allah ciptakan. Apa maksudnya ya? Renung-renungkan.

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  21. Ahahaa..i found your website

  22. adakah makhluk asing itu jin? atau makahluk asing itu mrupakan satu makhluk yang hidup di planet lain? bolehkah sesiapa tmasuk penulis membuat satu kesimpulan yang jelas. ?? trma kasih ats sgla info dn mklumat.

  23. lihat ini, pembongkaran mengenai UFO.

  24. Saudara Tengku, terima kasih di atas video tersebut. Kesimpulan penulis tentang status makhluk asing tersebut ialah; makhluk asing itu adalah “Bani Adam” :-).

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

  25. satu2nya makhluk yang berakal dan berfikir yang ada di atas muka bumi ini allah cipta adalah manusia,perkara ini dah dinyatakan dalam al quran,tapi tak semestinya makhluk yang ada di luar muka bumi tidak mampu berfikir,contohnya syaitan yang ada di alam lain mempunyai pelbagai tipu helah,allah menurunkan rasul2 untuk menyampaikan ajarannya kepada manusia bukannya kepada makhluk lain.dengan kecanggihan komputer yang dapat meramal segalanya,manusia mungkin dapat memecah tembok metafizik,melalui kiraan komputer yang tepat tapi mempunyai percanggahan jawapan,manusia mampu berfikir jawapan logik bagi setiap jawapan,allah juga tidak pernah mempertikaikan kemampuan manusia,insyaallah manusia mampu menggunakan akal fikiran dengan sempurna.amin,ilham adik aku tq.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 100 other followers

%d bloggers like this: