Jalan Makrifat: Mengenal Diri
November 4, 2008
Setengah daripada jalan mencapai makrifat itu ialah dengan mengenal diri seperti kata seorang sahabat Rasulullah SAW., Yahya bin Muaz Al-Razi ;
"Barangsiapa mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal ia akan Tuhannya".
Yahya bin Muaz mengambil faham daripada perkataan Nabi SAW. daripada pertanyaan seorang sahabat;
"Siapakah yang lebih mengenali TuhanNya, ya Rasulullah? Maka sabdanya yang lebih mengenal mereka dengan dirinya."
Ada pun mengenal diri itu tiga[3] macam iaitu;
- Periksa dan memahami.
- Membuat bandingan dan ukuran.
- Lemah dan tertegah.

Bangun an
1. Periksa dan memahami.
Hendaklah dimusyahadahkan akan kejadian diri kita kepada dua pandangan iaitu;
a. Pandangan yang pertama kepada diri zhohir yang dijadikan akan dia daripada emapat anasir iaitu;
- Api
- Angin
- Air dan
- Tanah.
yang bermula daripada kejadian lembaga Nabi Adam ‘Alaihi-Salam. Setelah sempurna lembaga Adam maka dimasukkan ruh ke dalamnya lalu hidup ia bernyawa, bergerak, melihat, mendengar, dan sebagainya seperti firman Allah dalam Surah Al-Shod; 71-72 yang bermaksud;
"Ingat olehmu hai Muhammad ketika firman oleh Tuhan kamu bagi malaikatNya bahawa Aku jadikan manusia daripada pati tanah maka apabila aku sempurnakan dia dan aku masukkan ke dalamnya ruhKu, maka sekelian malaikat duduk dan sujud baginya".
Demikian juga dijadikan seorang perempuan yang bernama Hawa iaitu daripada jenis Adam juga seperti firmanNya dalam Surah An-Nisa’:1 yang bermaksud;
"Hai sekelian manusia, takutlah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu dan menjadikan isteri daripadaNya. dan daripada keduanya berkembang biak laki-laki dan perempuan yang banyak."
Ini bermakna, daripada Adam dan Hawa dijadikan akan segala keturunan melalui setitik air mani(Nutfah) yang dikandungkan di dalam rahim ibunya selama 40 hari kemudian dijadikan seketul daging (Mudghoh) kemudian pecah berupa berbagai; suatu bentuk lembaga manusia seperti firman Allah dalam Surah Al-Mukminun;14 yang bermaksud;
"Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia daripada pati berasal daripada tanah kemudian Kami jadikan akan pati tanah itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh(rahim), kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah; maka segumpal darah itu kami jadikan tulang; maka Kami bungkuskan tulang itu dengan daging kemudian jadikan itu makhluk yang berbentuk lain; maka Mahasuci Allah ialah Pencipta yang paling baik".
Kemudian apabila sempurna kandungan yang ghalib sembilan bulan lalu keluar dari perut ibunya berupa manusia yang lemah(bayi) kemudian beransur-ansur sedikit demi sedikit bertambah subur dan kuat yang lengkap dengan pancaindera yang lima iaitu;
- Penjamah,
- Perasa,
- Pendengar,
- Pelihat,
- Pencium.
Akhirnya menjadi seorang manusia yang gagah kuat yang mempunyai pancaindera batin yang lima iaitu;
- Khowatir,
- Cita,
- Niat,
- 'Alim,
- Fikir;
dan sempurnalah sepuluh pancaindera yang dinamakan INSAN.

Diri
b. Pandangan yang kedua kepada diri yang batin yang digelarkan nyawa atau Ruh yang telah diberikan nama oleh Arif bil-Lah dengan bermacam-macam nama. Setengah daripadanya menamakannya;
- Syaiun Zat-tiah pada tatkala memandang pada Martabat Wahdah dimusyahadahkan pertama-tama nyata dalam Ilmu Allah itu Ruh Nabi Muhammad SAW. Daripada pancar benderang Israk Nur Muhammad itu zhohirlah sekelian alam dan segala yang benyawa. Setengah daripada Arif bil-Lah menamakan dia sebagai;
- Alam Ma'ani iaitu tanda yang tersembunyi sungguh kuat nyata dalm Ilmu Allah tetapi tiada ia maujud. Ia tersembunyi dalam Wahdatul Wujud melainkan ibarat jua yang maujud pada keesaan diri Hak Allah Taala. Setengah Arif bil-Lah menamakanya sebagai;
- Alam Laahut ertinya tanda kenyataan Zat dan setengah Arif bil-Lah menamakannya sebagai;
- Alam Jabarut tatkala nyata ia pada martabat Wahdiah ertinya tanda kebesaran Zat dan sifatNya dan Af’alNya dan setengah daripada mereka menamakan sebagai;
- A'yan Saabitah ertinya kenyataan yang amat teguh dan setengahnya menamakannya sebagai;
- Alam Asror ertinya tanda menerima Asror(rahsia) Allah kerana ia tempat nyata Hak Taala.
- Maka tatkala sudah menjadikan Allah Taala nyawa ; maka menjadi Ia akan Alam Arwah dan maujud ia dengan Qudrat Allah dan Iradatnya. Maka dinamakan dia Alam Malakut ertinya tanda milik yakni tiada sekali terlepas daripada Ampunya Milik. Ini dinamakan juga A'yan Khorijah kerana sudah zohir wujudnya menerima asar(bekas/sesuatu yang dijadikan) dan hukum Zat Lawazim yang nyata ibaratnya dan syaratnya kepada Martabat Wahdah dan Wahdiah kerana A'yang Khorijah itu A'yan Saabitah dan A'yan Saabitah itu yang menerima zhohir Sifat Allah dan Asma Allah dan A’yan Khorijah dan Alam Malakut ialah sekelian alam sama ada Alam Kabir(Besar) atau Alam Shoghir(Kecil).Dan setengahnya menamakannya;
- Ruh Idhofi kerana lengkap pada tubuh yang menggerak dan mendiam dan sebagainya. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
- Ruh Al-Qudus kerana ia suci daripada merasai mati dan daripada segala kecelaan dan sebagainya dan setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
- Ruh Al-Amri kerana ia menerima perintah Allah memerintah tubuh. Setengah daripada mereka menamakannya pula sebagai;
- Ruh Al-Amin kerana ia menerima firman Allah yang datang pada hati hamba yang yakin akan Hak Taala. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
- Khotir ertinya gerak hati. Dan khotir itu ada empat macam iaitu;
-
- Khotir Rahmaani iaitu apabila ia sentiasa berhadap dan musyahadah kehadirat Allah Taala; tidak memikirkan akan MaasyiwaLah(sesuatu yang lain daripada Allah).
- Khotir Malaki iaitu apabila bertukar arah dan bergilir ganti. Kadang-kadang berhadap dan bermusyahadah ke Hadirat Allah Taala dan kadang-kadang sesuatu yang lain daripada Allah.
- Khotir Nafsaani iaitu sentiasa berhadap kepada kegemaran dan kelazatan dunia dan kemegahan dan kemulian yang bergelumbang dengan Ajib, Riya’, Takbur, Suma’ah dan lain-lain lagi daripada segala sifat-sifat mazmumah.
- Khotir Syathooni iaitu sentiasa gemar kepada pekerjaan yang derhaka dan jauh daripada berbakti dan beribadat.
Maka adalah sekelian itu daripada kelakuan Ruh pada badan yang datang sekelian itu daripada Feil (Kelakuan) yang Hakiki. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
- Akal kerana mengeluarkan fikiran dan kira bicara dan setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
- Nafsu kerana angkuh dan dholim dan setengah menamakannya sebagai;
- Qalbu kerana bertukar berbolak-balik sekali berhadap kepada Allah; sekali berhadap kepada dunia.
Adalah diri yang dhohir dan yang batin terdiri padanya tiga perkara iaitu;
- Jisim iaitu susunan kulit, daging, tulang. urat, darah, lendir dan sebagainya.
- Jauhar iaitu Ruh atau nyawa
- 'Aradh iaitu kelakuan dan rupa pandangan seperti panjang, pendek, tinggi, rendah, putih, hitam, bertemu, bercerai, baik, jahat dan sebagainya.
2. Membuat bandingan dan ukuran
Kejadian tubuh jasmani manusia itu mempunyai beberapa hikmah dan rahsia yang menyamai rahsia kejadian langit dan bumi. maka eloklah penulis cuba memberi gambaran perumpamaan dengan serba ringkas dalam Ilmu Tasrikh iaitu ilmu kejadian manusia.
- Bahawa manusia mempunyai 360 tulang yang menyamai dengan 360 darjah pada bulatan bumi.
- Manusia juga mempunyai 17 sendi yang besar-besar kerana lazim manusia jaga pada tiapa-tiap sehari semalam tujuh belas jam iaitu 3 jam pada awal malam dan 2 jam pada awal siang dan 12 jam pada masa siang. Maka dalam 17 jam inilah gerak-geri anggota yang 17 sendi itu melakukan kebajikan atau kejahatan; maka diwajibkan dan difardukan ke atas manusia mengerjakan sembahyang lima waktu dalam sehari semalam sebanyak 17 rekaat.
- Urat-urat besar dalam badan manusia berjumlah 12 urat iaitu jadi ibarat 12 bulan setahun dan 12 jam pada siang dan 12 jam pada malam.
- Dikatakan juga bilangan rambut manusia ada sebanyak 124 000 iaitu supaya mengingatkan bagi kita bilangan Nabi-nabi yang diikhtilafkan ulama sebanyak 124 000 orang dan banyak lagi rahsia-rahsia kejadian tubuh manusia yang sengaja ditinggalkan.

Gelap bercahaya
Pendek cakapnya tidak ada satu kejadian yang boleh menyamai dengan kejadian manusia pada nisbah elok dan baik perdiriannya dan mulia keadaannya dan tinggi darjatnya jika hendak dibandingkan dengan kejadian-kejadian yang lain seperti firman Allah dalam Surat Al-Tin;4 yang bermaksud;
"Demi sesungguhnya kami jadikan manusia itu seelok-elok kejadian"
dan tidak ada satu kejadian yang diperintah oleh Allah Taala kepada malaikat supaya memberi hormat dan tahiyat melainkan manusia(Adam) dan juga menyebabkan syaitan dimurkai oleh Allah dan dikutuk akan dia kerana ingkar pada perintah Allah yang diperintahkan kepadanya supaya memberi hormat dan tahiyat kepada manusia(Adam). Dijadikan sekelian perkara ini untuk manusia dan dilengkapi pada manusia sifat Ma’ani yang tujuh kerana tempat menerima Asar(bekas) Sifat Ma’ani Qadim yang dinamakan Naskhah Al-Haq.
3. Lemah dan Tertegah
Apabila dimusyahadahkan akan kejadian diri samada diri yang zhohir atau diri yang batin, maka tak sampai akal manusia untuk memikirkannya seperti Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu. Maka sukar hendak memberi gambaran atau takrif yang mensifatkan daripada jenis apa??
Al-Quran memberi pengajaran sebagaimana firman Allah dalam Surah Al Israk;85 yang bermaksud;
"Akan ditanya akan engkau hai Muhammad tentang ruh; Kata olehmu Ruh itu adalah daripada urusan Tuhanku".
Oleh kerana sukar hendak membuat takrif, maka digelar oleh orang-orang ‘Ariffin dengan nama Lathifatul Rabaaniyah.
(Sumber: Perjalanan Suluk)
Entry Filed under: Jalan Mengenal Diri. .
32 Comments Add your own
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1.
Azrie | November 4, 2008 at 1:17 pm
Subhanallah …. kerdilnya diri ini dalam lautan ilmu Allah. Saudara MS, mungkin akan datang saudara boleh pula merungkai ilmu sifat 20
2.
MahmudShah | November 5, 2008 at 11:55 am
InsyaAllah. Jika Saudara ingin melampirkan maklumat berkenaannya, penulis amat mengalu-alukan… Segala puji hanya bagi Allah.
3.
SFR | November 11, 2008 at 7:24 pm
Salaam alaikum…
Terima kasih atas pencerahan ini….cume saya memang baruu berkenalan dengan bidang ilmu seperti ini..jadiknye saya tak berapa cerah memahaminye….
(bidang Tasawuf ke pak Mahmud?gayanya seperti Pak mahmud dan pak Azrie punyai cara yg lebih kurang sama dalam bahasa penyampaian..kongsikan sedikit…)
jika tak keberatan dan membikin report pada pak mahmud….
minta diberi penjelasan tentang bahagian satu (a) … tentang hujah 4 anasir itu….
dan adakah penerangan selepas 4 anasir itu untuk point 4 anasir itu? jika ya.., sy tak faham bagaimana nak kaitkannya..jika tidak..ya…sy faham kot..hmmm…
juga minta penjelasan untu bahagian satu (b)… kerana puas berkali baca sy sukar faham bahasa penyampaian nya…
bahagian lain Insya4JJI sy faham….tapi kalau rajin nak jelaskan lagi..takde masalah…lagi bagus..
maaf ya.. bikin reportan aje gue… terus terang memang sy baru lagi ttg pencerahan seperti ini…
( ish ish ish..ngapaen siih gue ngomong kayek seberang??)aduuh…
wassalam.
4.
Azrie | November 13, 2008 at 1:15 pm
Bila kita perhalusi, kadang-kadang pening juga saya bila ada orang yang membahagi-bahagikan orang-orang itu kepada si anu orang syariah orang ini orang tharekat orang ini orang hakikat orang itu orang makrifat. Sebenarnya, bila sahaja kita mengucap dua kalimah syahadah, sahlah kita sudah Islam dimana Islam itu terkandung di dalamnya segala-gala, ISLAM ITU SEMPURNA. Hanya sahaja ada manusia yang tidak menyedari atau kadang-kadang dipengaruhi hingga sanggup kafir-mengkafir sesama kita. Di sinilah pentingnya ilmu, amalan, penghayatan, taubat, penyaksian, keinsafan. Apa guna syariat kalau tidak diamalkan, tiada guna syariat jika tiada jalan untuk kita menyampai kepadaNya, tiada guna syariat jika tidak tahu kepada siapa tujukan.
Sedangkan yang sebenarnya tarekat, hakikat, makrifat itu adalah syariat jua. Ulama-ulama terdahulu membahagi-bahagikan ilmu ini hanya untuk cuba membantu umat Islam lebih memahami lebih senang untuk dipelajari. Bukan untuk menjadi fanatik dalam satu-satu cabang jalan, kerana kita semua sama sahaja tujuannya, iaitu kerana Allah.
Wallahua’alam.
5.
radzhi | Jun 17, 2009 at 3:00 pm
Apa guna syariat kalau tidak diamalkan, tiada guna syariat jika tiada jalan untuk kita menyampai kepadaNya, tiada guna syariat jika tidak tahu kepada siapa tujukan.
Syariat adalah kerja tubuh, kerja tubuh untuk menyampai kepada Allah. Tarekat adlah perjalanan, perjalanan yang bagaimana akan menyampai kepada Allah. Kalau tarekatnya betul sudah pasti ia mencapai kepada hakikat. Kalau sudah tahu hakikatnya, pastilah kita mengenal (makrifat)
Ada manusia hanya beramal dengan syariat saja ( kerja tubuh) tidak mahu tahu jalan mana yang menyampaikannya (tarekat). Ada yang mempunyai tarekat, tak kiralah apa namapun tapi tidak menyampai kepada hakikat (yang sebenar). Selalunya apabila orang itu sudah tahu hakikat maka sampailah ialah kepada makrifat.
Awaludin makrifatullah (awal agama mengenal Allah)
apabila seseorang itu sudah mengenal (makrifat), adalah agama baginya.
Tapi masalahnya mengenal siapa?
Barang siapa kenal akan diriNYA maka kenal ia akan tuhan.
Makna NYA itu siapa?
6.
sfr | Jun 20, 2009 at 1:29 am
salaam..
tolong sambung lagi radzi sy ingin tahu apa yg anda nak sampaikan..
penerangan anda mudah difahami dan jelas…
7.
Al Hikam | Jun 20, 2009 at 9:03 am
salaam bagi semua teman2,
saya setuju dgn SFR. Teruskan Sdra Radzhi.
kami ingin mendengar penjelasan Sdra dgn lebih lanjut.
8.
Azrie | November 13, 2008 at 1:20 pm
Aiseh, macam mana boleh silap posting ni, saya nak hantar kat tajuk yang lagi satu. Kok boleh masuk tajuk sini pulak. Ermmm apa-apa pun, syabas saudara MS dan teruskan usaha saudara mencungkil ilmu untuk kita berkongsi. Banyak yang saya dapat pelajari dari blog saudara tidak lupa dari blog saudara Hikmatun juga. Semoga Tuhan memberkati saudara sekalian.
9.
Azrie | November 13, 2008 at 3:31 pm
Saudari SFR,
Harap tulisan ini dapat membantu. Baca, fikir, tapis, rumus.
1. Api adalah bahasa yang dipakai awam untuk menyebut suatu hasil pembakaran yang terjadi kerana proses kimia (pemetik api), mekanik (geseran antara benda keras), serta elektrik (lepasnya elektron dari atom-di sini tak ada nyala api).
Nyala api terjadi bila ada oksigen. Oleh sebab itu pembakaran adalah proses oksidansi dari suatu zat.
Api yang dimaksud pada judul di atas adalah oksigen yang fungsinya membakar dan mengakibatkan panas.
Pembakaran biasanya dilihat sebagai nyala api ataupun hanya menimbulkan rasa panas saja seperti terjadi di badan manusia saat membakar zat gizi dengan oksigen udara.
Sifat api ini selalu berdiri tegak.
2. Udara dapat dirasakan apabila bergerak dan hal ini disebut sebagai angin. Udara berisi bermacam-macam benda gas.
Gas yang paling banyak dan merata jumlahnya dalam udara adalah gas Nitrogen (72 %) serta oksigen. Di dekat letusan gunung api, udara banyak mengandung gas S0 2 dan C0 2 yang beracun.
Di ruang hampa udara, manusia tak mampu mempertahankan hidupnya kerana tak ada zat yang dihisap paru-parunya.
Sifat benda gas adalah berembus bergerak ke segala arah menimbulkan kesejukan.
Yang dimaksud angin pada judul di atas ialah udara yang berisi gas-gas yang diperlukan paru-paru.
3. Air merupakan persenyawaan antara atom Hidrogen dengan atom Oksigen dengan rumus molekul H 2 0.
Tiada kehidupan tanpa air.
Air sebagai perantara-pelarut bermacam-macam zat dan juga mampu bereaksi secara langsung pada peristiwa fotosintesis.
Sebagian besar tubuh manusia seperti darah, keringat, mani, sel terdiri dari unsur air.
Air memiliki sifat selalu mengalir ke bawah, menyejukkan-mendinginkan benda-benda lainnya, dapat melarutkan (membersihkan) benda-benda dan dapat mematikan api.
Oleh sebab itu sebagian besar agama menjadikan air sebagai sebahagian ritual agamanya sebagai lambang pembersihan dan pensucian terhadap dosa (perbuatan setan-api).
4. Tanah, menurut para ahli pedologi (ilmu yang mempelajari asal-usul, klasifikasi tanah), didefinasikan sebagai “tubuh alam mandiri”, bentukan yang berdimensi ganda dalam ruang dan waktu yang mempunyai watak, sifat, dan asal-usul khas yang tidak dipunyai oleh benda alam lainnya.
Dari sinilah badan kasar manusia berasal dan akhirnya hancur menjadi tanah.
Di dalam tanah, ada terkandung api/oksigen, udara/angin, serta air.
Tiada yang mutlak pada makhluk Tuhan.
10.
Azrie | November 14, 2008 at 10:11 pm
Sedikit lagi penambahan
Tahu pada “sifat khusus” dari empat unsur pembentukan badan kasar manusia.
1. Api bersifat berdiri
2. Angin bersifat menghembus
3. Air bersifat merendah
4. Tanah bersifat mantap
Unsur-unsur bahan (yang tidak memiliki bentuk) dari alam inilah yang difahami orang sebagai bahan dasar pembentuk tubuh (badan kasar atau zahir) manusia-bentuk makhluk yang paling sempurna dari seluruh ciptaan Tuhan.
Apabila kekurangan salah satu unsur saja, maka badan kasar manusia tidak mungkin dapat bertahan untuk hidup.
Kesedaran akan adanya kekuasaan Yang Maha Kuasa sebagai Pencipta sekaligus pembentuk sekalian makhluk, telah dibuktikan oleh umat manusia yang primitif sekalipun. Mereka melakukan pengorbanan, penyajian, upacara ritual, menyanyi, menari, bersendirian untuk mengucapkan rasa terima kasih atau tunduk kepada Sang Pencipta.
Bermacam-macam upacara agama, dari ritual yang paling kejam berupa pengorbanan nyawa manusia sampai kepada permohonan atau pujian yang sangat halus dalam bentuk nyanyian dipersembahkan kepada Tuhan masing-masing.
Berbeza dengan semua itu, pengucapan terima kasih atau bukti tunduk di dalam agama Islam diwujudkan dengan pelaksanaan ibadah sembahyang wajib sebanyak lima kali sehari semalam. Petunjuk solat ini diterima terus oleh nabi Muhammad S.A.W. ketika peristiwa Israk Mikraj. Sembahyang inilah bukti tunduk pertama, yang mula-mula akan dihisab pada yaumil akhir nantinya, disamping bukti ketundukan (ibadah) lainnya.
Pelaksanaan sembahyang melibatkan dua aspek aitu aktiviti badan halus dan aktiviti badan kasar.
Aktiviti badan halus ketika solat berbentuk perasaan khusyuk dalam melakukan solat. Sedangkan aktiviti badan kasar ketika kita solat ialah berupa empat macam gerakan iaitu berdiri tegak sempurna, rukuk, sujud dan duduk di antara dua sujud.
Empat macam gerakan tubuh tersebut pada hakikatnya melambangkan sifat-sifat dasar dari empat macam unsur yang membentuk badan kasar manusia.
Ketika berdiri tegak menghadap kiblat, maka itu melambangkan sifat api sebagai unsur tubuh yang telah siap.
Kemudian diikuti gerakan rukuk yang melambangkan sifat angin atau udara yang membawa kesejukan.
Lalu orang sujud, merendahkan kepala serendah-rendahnya, hal ini ibarat air yang selalu mengalir mencari tempat yang terendah.
Diakhiri dengan menghimpit sebelah tumit yang merupakan posisi duduk yang sangat mantap dan hal ini adalah lambang dari sifat tanah sebagai unsur tubuh yang sedang menyembah Tuhannya.
Semua gerakan solat tersebut harus diiringi ucapan doa pujian, permohonan, pengakuan kepada Tuhan Yang Maha Kuasa secara khusuk dengan mulut (zahir) dan perasaan batin.
Apabila manusia tidak melaksanakan solat sebagaimana yang diajarkan nabi S.A.W. maka orang tersebut mengingkari sifat-sifat dasar dari unsur-unsur tubuhnya sendiri.
Untuk mengerti sesuatu tentang api, angin, air dan tanah, manusia perlulah menganalisa, memahami, merumuskan membuat ujikaji-ujikaji bahagian-bahagian dari unsur tersebut sehingga orang dapat memahami apa sebenarnya yang disebut api, angin, air dan tanah tersebut.
Hanya dengan ilmu pengetahuan sajalah seseorang baru dapat memahami hakikat makna dari kata-kata susunan tubuh manusia yang terdiri dari unsur-unsur tersebut. Diharapkan secebis penerangan ini dapat memberi sedikit asas pengetahuan dan panduan umum untuk kita semua. Wallahu’alam.
Tidak aku mengenali Dia melainkan dengan jalanNya.
11.
MahmudShah | November 18, 2008 at 3:10 pm
Hehe.. sudah jadi bapak aku.. hahaaha
Hujah berkenaan 4 anasir itu saya pikir sudah dijelaskan oleh Saudara Azrie kita. Panjang lebar lagi tu. Alhamdulillah. Terima kasih saudaraku Azrie.
InsyaAllah kita buka penjelasan kepada sahabat-sahabat kita yang lain. Penulis akan terangkan nya semula selepas penulis rujuk kepada guru penulis nanti. InsyaAllah. Terlalu daif lagi peribadi penulis…
…di mana aku berada, di sana ada DIA..
12.
MahmudShah | November 18, 2008 at 3:19 pm
Setuju dengan Saudara Azrie. Ya, terkadang manusia ini lalai dalam muhasabah ke-Diri an mereka masing-masing. Kerana itulah apabila kita melihat ‘ke dalam’, sudah semestinya perkataan kita amat berat dalam berburuk sangka terhadap sesama muslim. Kerana itulah, seni falsafah dalam bidang Tasawuf ini sebenarnya mampu mendidik hati dan jiwa supaya kudus dan saling sayang-menyayangi sesama makhluk. Kerana semuanya adalah kehendak Allah. Allah yang menjadikan kurang atau lebihnya makhluk. Tanggungjawab kita hanyalah memperbetul atau memperjelaskan mana yang pada pandangan kita tidak betul. Ilmu itu amat luas. Manakan terjangkau kesemua pengertiannya secara perfect.
Berkenaan ke empat-empat bidang yang di sebutkan oleh Saudara Azrie kita, semuanya tidak akan tercapai dengan baik tanpa penjagaan khusus akan syariat. Terutamanya solat 5 waktu sehari semalam. Bayangkan perintah solat itu dijemput oleh Nabi SAW secara terus dari Allah Azzawajalla ketika Isra’ Mikraj. Betapa besarnya dan pentingnya solat itu. Sekadar bercerita…
…di mana aku berada, di sana ada DIA…
13.
radzhi | Mei 25, 2009 at 3:56 pm
“Barangsiapa mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal ia akan Tuhannya”.
Apa yang dimaksudkan “Mengenal dirinya” dalam ayat tersebut ya!!!!
14.
Anis | Ogos 7, 2009 at 4:58 am
Ini hnya sekadar pendapat saya melalui pengetahuan & juga p’bacaan sy..
Apa yg dimaksudkan dgn mengenal dirinya sesungguhnya mengenal ia akan Tuhannya..
Manusia itu adalah sebaik2 kejadian.. apa yg dimaksudkan?
Sebelum kita wujud di muka bumi roh kita semua akan b’pusing mengelilingi arasy selama 1000 tahun! Lama sgt tu..
Dan di dlm 1000 tahun tu, roh2 ini b’kenalan di antara satu sama lain.. Yg mana roh yg b’sesuaian akan digandingkan & mana2 yg tidak b’sesuaian akan berpisah menjauh(pernah b’laku sesuatu kisah di antara para sufi yg b’temu kemudiannya salah se’org di antara mrk menegur dgn memanggil nama yg sorg lagi.. T’kejut dgn perihal krn namanya dipanggil sedangkan mrk tidak pernah b’temu lalu yg seorg ini b’tanya bagaimana boleh diketahui namanya? Maka yg seorg lagi m’jawab bahawa mrk pernah b’temu & b’kenalan di alam roh)
Cukup 1000 tahun sebelum roh kita ditiupkan ke dalam rahim, roh kita berbuat perjanjian dgn Allah.. (ini selalu sgt kita dgr..)
Apabila kita lahir2 je jadi bayi.. xtahu apa.. b’cakap pun x pandai.. mata pun samar2 je.. segala hal & kejadian semasa di alam roh semua x ingat langsung (itu la sy kata, lahir2 je jadi bengong lupa semua bgai..
)
Lahirlah kita sbg manusia.. makan, minum & sebagainya & membesar.. Hakikatnya, yg hidup td itu siapa? Sudah tentu la roh.. Jasad @ tubuh ini x lain & bukan lebih b’sifat sbg pengangkutan @ medium di mana apabila roh itu td b’keinginan t’hadap sesuatu.. contohnya makan..
Knp roh nk makan pulak? Bukan roh yg b’keinginan utk makan sebenarnya tetapi nafsu.. Bukan apa, klu x makan, binasa la jasad & tubuh itu tadi.. maka tidak dapat lah roh ini melaksanakan segala keinginan2 yg lainnya spt b’ibadah & sbgnya..
Selalunya t’tanya2 bagaimana mahu mengenali diri? Ada ilmu2 tertentu yg apabila diamalkan & apabila sudah tinggi ilmunya ianya digelar ilmu jiwa.. (Ilmu ini hnya ada pd insan2 yg jarang & luar biasa spt wali2 Allah & insan2 t’pilih.. tetapi harus diingatkan juga perlulah melalui jln yg betul)
Apabila sudah sampai & mengetahui Ilmu Jiwa itu td maka Allah telah menjanjikan bg mrk ‘Dunia ini di dlm genggaman’
Allah lah yg m’berikan mrk ilmu..
Sbb itu klu tinggi ilmu manusia2 yg ada hati/jiwanya kpd Allah kdg2 mrk boleh ingat kejadian mrk dari alam roh lagi! Wallahualam.. Duk atas dunia ni je pun asyik duk lupa..
Erm.. byk lagi la duk nk pk benda ni.. x larat dh nk menulis..
Cuma 1 je sy nk pesan..
Jgn cari Allah.. (ada manusia yg cuba mencari Allah.. blh nk cari tp bukan pki mata dong.. lihat dgn mata hati@jiwa) silap hb. boleh jd gila @ x betul..
“Dia.. Jauh tiada b’sempadan, dekat tiada b’tempat”
Pape pun sampai situ je la dulu sy mengomel2..
Salah silap sy mohon, ampun…
15.
jelasnggak | Jun 20, 2009 at 9:40 pm
Mengenal Muhammad lebih banyak lagi..?
http://komikmuhammad.t35.com
ini bukan fitnah.
sumber asli dari Quran dan Hadist..
enjoy
16.
Radzhi | Jun 22, 2009 at 11:37 am
Jelasnggak kata,
ini bukan fitnah.
sumber asli dari Quran dan Hadist..
Sumber asli itu maksudnya kamu dah berjumpa dengan Nabi Muhammad, dah melihat Nabi Muhammad, dah mendengar sendiri hadis dan firman yang dikeluarkan Nabi Muhammad.
Boleh saya tanya, bila kamu jumpa?, dimana kamu berjumpa?
17.
jelasnggak | Jun 25, 2009 at 7:04 am
Sahabat Muhammad yang kenal dengan muhammad.
Lalu mereka menuliskan di hadist.
bacalah! IQRA! :
http://mengenal-islam.t35.com/favorite.php
.
.
.
anda bisa baca dan tulis ..?
Tidak ummi..?
Amin.
18.
jelasnggak | Jun 20, 2009 at 9:40 pm
Pertama, mengetahui kelakuan Muhammad, kedua berfikir, ketiga meninggalkan…
Saudara sudah sampai level berapa:
http://jelasnggak.wordpress.com/2009/06/20/ciri-menuju-murtadd/
salam
19.
Radzhi | Jun 22, 2009 at 12:07 pm
hi, jelasnggak,
mengetahui kelakuan Muhammad itu seperti mana? Berfikir yang benar itu bagaimana? meninggalkan itu pula bagaimana.
Kalau kamu dah bertemu Nabi Muhammad dan kamu bergaul sekian lama, benarlah kamu mengetahui kelakuannya,
Berfikir yang benar itu bagaimana? pakai akal atau pakai nafsu?
Meninggalkan, Kalau dah berjumpa dan membuat pengakuan tauhid dihadapan Nabi Muhammad kemudian kita engkar atas pengakuan itu barulah dikatakan meninggalkan (murtad).
Kenal pun tidak, jumpa apatah lagi, bagaimana nak meninggalkan,
Cuba kamu heningkan diri dan berfikir dengan akal yang waras.
20.
jelasnggak | Jun 25, 2009 at 7:01 am
Kenalilah Muhamad lewat hadist dan quran kamu.
salah satunya
bacalah! Iqra!
http://komikmuhammad.t35.com
Bagus untuk permulaan.
Amin
21.
Mahmud Shah | Jun 22, 2009 at 10:49 am
jelasnggak, anda ini tak faham dan tak jelas tentang Islam. Apa yang anda tak jelas ya? Cubalah persoalkan. Mana tahu anda akan mendapat hidayah Allah.
…di mana aku berada di sana ada DIA…
22.
jelasnggak | Jun 25, 2009 at 7:00 am
Bacalah! IQRA!
Anda bisa baca tulis ..?
http://jelasnggak.wordpress.com/2009/06/23/gampang-banget-gini/
.
.
.
.
….dimana ada aku, disitu copet kabur…..
.
.
23.
Radzhi | Jun 22, 2009 at 11:55 am
lama tak berkunjung ke sini,
sfr,
salaam..
tolong sambung lagi radzi sy ingin tahu apa yg anda nak sampaikan..
penerangan anda mudah difahami dan jelas…
> Islam itu mudah mengapa nak susah,
Barang siapa mengenal diri Nya maka kenal akan Tuhan. MaksudNya itu siapa?
Allah nama bagi sifat… yang dinyatakan sebagai sifat 20.
Sifat itu siapa punya? Kita punya? kalau kita manusia biasa maka kita akan mati.
Cuba fikirkan….
24.
sfr | Jun 25, 2009 at 10:30 am
assalamualaikum wbt saudara radzhi,
radzhi said:
“Sifat itu siapa punya? Kita punya? kalau kita manusia biasa maka kita akan mati. ”
sfr says:
pemikiran sy mungkin agak lurus sedikit….jadi
apa yg saya fhm dr apa yg saudara katakan adalah:
– sifat 20 itu ALLAh yg punya….
- dan kalau kita manusia biasa …iya..mmg pasti kita akan mati…pulang kembali kepada-NYA..
ada apa2 lagi yg patut sy nampak ?sila berikan pencerahan untuk memahami perkataan saudara..
TQ.
25.
MahmudShah | Julai 1, 2009 at 5:54 pm
Ada sesuatu yang tertinggal untuk diutarakan oleh Saudara Radzi. Silakan…
Awak dah buka ‘gelanggang’ ni…
…di mana aku berada di sana ada DIA…
26.
sfr | Julai 1, 2009 at 11:46 pm
ye ye betol tu pak mahmud….. sy dah beli tiket VIP ni..heheh..sy berminat nak mengetahui penjelasan Radzhi lebih mendalam…..
sy rase saudara Radzhi sedang merajuk ataupon sedang mengambil langkah “lebih baik diam daripada bercakap”…hmmmmmmm…………..?????
27.
Radzhi | Julai 16, 2009 at 11:25 am
“Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Muhammad itu adalah Rasullulah.”
Dari kalimah itu saja dah ada jawapannya. Cuba fikir dan cari sendiri jawapannya.
Makhluk yang paling mulia adalah akal, Akal yang diberi gunanya untuk mengenal Allah.
Apa yang nak di rajukkan, sebab orang tua-tua kata “rajuk pada yang kasih” . Ini kenal pun tidak, macamana nak merajuk.
Berdiampun tidak, cuma tak menjeguk ke sini aje.
Saya sarankan jangan beli tiket VIP tu dulu nanti sia-sia, tunggu sampai selesai dirungkai kalimah sahadah tu.
28.
Si Sepuluh | Julai 15, 2009 at 12:01 pm
Assalamualaikum Sahabat,
Saya insan dari Singapura dan telah dibekalkan dgn ilmu ajaran Bapak selama 15 tahun dahulu. Setelah melayar dan membaca summary dalam halaman ini, saya amat berminat jika kita dapat bertemu dan berbincang bersama semua yang memgikuti gerak aku, kau dan dia. Mungkin kita boleh berkongsi pengalaman masing2 dan memahami lebih dalam lagi akan perkembangan diri ini.
Saya juga ingin minta bantuan bagaimana hendak memperolehi risalah & buku2 mengenai pengalaman hidup Bapak yang hanya dimiliki oleh orang2 yang tertentu sahaja kerna risalah2 saya hilang dalam satu kemalangan dahulu.
Segala puji bagi Allah..
29.
Si Sepuluh | Julai 15, 2009 at 12:09 pm
Rahsianya ada, Alif Lam Mim jawapan nya.. tapi ertinya hanya Allah sahaja yang tahu..
30.
Mahmud Shah | Julai 21, 2009 at 6:34 pm
Alhamdulillah Si Sepuluh. Nampaknya saudara juga mempelajari ilmu pengetahuan ini. Kata bapak, ini ialah ilmu pengetahuan, jangan dicampur adukkan dengan agama. Bimbang nanti disalah ertikan.
Berkenaan risalah bapak itu masih ada lagi dalam simpanan. Di dalam simpanan saya hanyalah ‘Diriku yang ku kenal’ dan risalah2 dan buku2 yang lain ada pada simpanan guru saya. InsyaAllah, jika saudara berminat email pada saya. Saya cuba usahakan. Di Singapura sekarang siapa lagi guru tua? Masih ada lagi? Dan saudara berijazah dengan siapa ya?
Alif lam mim adalah ‘kunci’ ke dimensi lain dan pertahanan dalam membangkitkan tenaga Diri.
…di mana aku berada di sana ada DIA…
31.
Anis | Ogos 7, 2009 at 4:17 am
Assalamualaikum..
Minta maaf, nak tumpang b’tnya sikit..
Abg Mahmud Shah ni belajar ilmu apa ye? Apa yg dimaksudkan dgn Si Sepuluh? Pendek kata ilmu apa yg kalian maksudkan tu ye..
32.
June Aljunid | Ogos 2, 2009 at 11:12 pm
Assalamualaikum wbh!
” Kenallah diri nyata-nyata sebelum mengenal Tuhan yang Esa”
Soalan: bagaimana sebaik-baik jalan mengenali diri?