Archive for 29 Oktober 2008
Poligami
Apabila kita bercerita tentang kahwin dua, tiga atau empat apakah yang kita fikirkan terutamanya para wanita? Sudah pastilah anda akan melenting. Ialah bila lelaki itu kahwin lebih dari seorang, berbagai-bagai tohmahan yang akan dilemparkan. Terutamanya dari kemampuan zahir dan batin. Mengapa agaknya begitu? Dan mengapakah di dalam Islam dibolehkan kahwin lebih dari seorang ‘sekiranya mampu’? Apakah maksud di sebalik pelepasan yang Allah berikan kepada lelaki?
Penulis suka untuk mengajak para pembaca sama-sama berfikir kerasionalannya berkahwin lebih dari seorang untuk lelaki. Rata-rata kaum Hawa, boleh dikatakan 99.99 % tidak bersetuju lelaki diharuskan kahwin dua. Isu hangat ini. Apa agaknya pendapat kaum Hawa di luar sana. Hmm..
Sebelum penulis melampirkan Hadith serta Firman Allah berkenaan perkara ini, penulis suka untuk memperbandingkan perkara ini dengan pendapat agama lain. Penulis pernah bertanya penganut agama Kristian akan pendapat mereka tentang lelaki yang berkahwin lebih dari seorang. Rata-rata menyatakan tidak setuju, malahan ada juga mereka yang mengutuk poligami ini.

Poligami
Kemudian, penulis ada bertanya juga penganut agama Hindu dan Buddha. Juga jawapan yang sama. Menentang dengan sekeras-kerasnya. Alasannya, manusia tidak dibolehkan kahwin melebihi seorang kerana CINTA adalah ABADI. Tak boleh tukar-tukar. Dan mereka juga menyatakan balu yang ditinggalkan suami tidak boleh kahwin hingga ke akhir hayat. Apa agaknya yang akan terjadi ya?
Firman Allah di dalam Surah An-Nisaa’ ayat 3:
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.
Dari terjemahan secara terus daripada Surah An-Nisaa’ ayat 3 di atas, telah dinyatakan di situ bahawasanya lelaki dibolehkan untuk kahwin dua, tiga atau empat. Dan sekiranya lelaki itu takut tidak mampu berlaku adil, dituntut hanya berkahwin seorang sahaja. Kerana ia adalah jalan yang lebih selamat daripada lelaki itu membuat aniaya kepada isteri-isterinya yang lain. Apakah aniaya yang dimaksudkan itu? Ya, tidak lain dan tidak bukan adalah kemampuan lelaki itu samada mampu atau tidak berlaku adil dan mencukupkan nafkah zahir dan batin kepada para isterinya.
Penulis teruja untuk menyatakan di sini salah satu kes kahwin empat yang berlaku di Terengganu (alamak!) baru-baru ini. Penulis berasa sungguh kagum dengan tahap ‘sporting’ isteri-isteri beliau yang 3 untuk membenarkan beliau kahwin yang keempat. Dan penulis begitu kagum dengan semangat kerjasama dan redha para isteri kepada suami tercinta. Dan yang paling dasyat lagi bagi penulis, beliau mampu pula memberikan nafkah zahir dan batin kerana kesemua isteri beliau duduk dalam satu bumbung. Apakah formulanya agaknya? Ha, ini bukan bermaksud penulis berhasrat pula berkahwin empat. Cumanya penulis terkesima dengan kewibawaan si suami untuk menjadikan keempat-empat isterinya hidup aman harmoni dalam satu bumbung. Adakah ia menjadi masalah?

Poli
Manusia memang telah dijadikan Allah serba kekurangan. Bersifat kikir dan tidak mapu berlaku adil dengan sebenar-benar adil. Mengapa? Ya, kerana manusia dalah insan. Serba kekurangan sebagaimana sebahagian firman Allah dalam Surah An-Nisaa’ ayat 128 dan 129 di bawah:
… walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir.. (4:128)
dan
…Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara istri- istri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian,… (4:129)
Bagaimana mungkin suami yang beristeri melebihi dari satu mampu berlaku adil sekiranya telah Tuhan wahyukan kepada Nabi SAW bahawasanya manusia tidak sekali-kali berlaku adil kerana tabiatnya?
Persoalan yang ingin dibangkitkan penulis ialah, apakah hikmahnya Tuhan membolehkan lelaki berkahwin melebihi dari seorang. Apakah tujuan dan bagaimanakah caranya berlaku adil? Inilah persolan yang kita harus kupas sama-sama.
Menjurus kepada persolalan BAGAIMANA caranya menggauli isteri-isteri tersebut; penulis suka untuk melampirkan terjemhaan Firman Allah dariapada Surah Al-Ahzab ayat 33 di bawah:
Kamu boleh menangguhkan (menggauli) siapa yang kamu kehendaki di antara mereka (istri-istrimu) dan (boleh pula) menggauli siapa yang kamu kehendaki. Dan siapa-siapa yang kamu ingini untuk menggaulinya kembali dari perempuan yang telah kamu cerai, maka tidak ada dosa bagimu. Yang demikian itu adalah lebih dekat untuk ketenangan hati mereka, dan mereka tidak merasa sedih, dan semuanya rela dengan apa yang telah kamu berikan kepada mereka. Dan Allah mengetahui apa yang (tersimpan) dalam hatimu. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.
Begitulah hikmahnya peraturan yang diajar secara langsung daripada Pencipta kita berkenaan cara yang baik menggauli isteri-isteri. Sekadar berdialog… Betulkan mana yang tak betul.
33 comments Oktober 29, 2008