Archive for 8 Oktober 2008

Perjalanan Matahari dan Iman

Dari Abu Dzar r.a. katanya Nabi SAW bersabda:

“Tahukah anda semua ke manakah matahari itu pergi?” Jawab mereka, “Allah dan Rasul-Nya lah yang lebih tahu.”

Matahari dan Iman

Matahari dan Iman

Sabda Nabi SAW, “Dia berjalan sampai ke perhentiannya di bawah ‘Arasy, lalu di sana dia sujud. Dia sentiasa sujud hingga datang perintah: Bangkitlah dan kembalilah ke tempatmu semula! Dia pun pergi dan muncul lagi di tempatnya semula. Kemudian dia berjalan hingga sampai pula di tempatnya di bawah ‘Arasy, lalu di sana dia sujud sampai datang pula perintah: Bangkitlah dan kembali ke tempatmu semula. Dia pun pergi dan terbit di tempatnya semula. Kemudian ia menggulir pula, tidak pernah mungkir sedikit jua pun hingga ia sampai pula kembali di tempatnya di bawah ‘Arasy. Sekonyong-konyong ia mendapat perintah: Bangkitlah, dan muncullah di tempat engkau biasa tenggelam. Maka terbitlah ia di Barat.” Sabda Rasulullah SAW, “Tahukah anda semua bilakah itu akan terjadi? Ialah pada hari di mana iman seseorang tiada berguna lagi, jika sebelumnya ia tidak iman, atau tidak berbuat suatu kebajikan dengan imannya itu.”

(Terjemahan Hadith Shahih Muslim, 131)

p/s: Antara tanda-tanda besar Qiamat, Matahari Terbit di sebelah Barat dan pintu taubat tertutup selamanya. Jadi, selagi perjalanan matahari ini dari Timur ke Barat, selama itu jualah pintu taubat terbuka luas. Sentiasalah kita beristighfar selagi kita bernafas agar mati kita kelak dalam pengampunan Allah Yang Maha Pengampun – Penulis.

2 comments Oktober 8, 2008

Orang kafir makan dengan tujuh perut

Salaam kepada semua rakan-rakan sekalian.

Penulis tertarik untuk menampilkan sebuah terjemahan hadith daripada Hadith Shahih Muslim berkenaan perihal makan. Al-maklumlah, masa-masa sekarang inilah kita makan banyak. Raya la katakan. Jadi, kita fikir-fikirkan bersama maksud Hadith Nabi SAW sepertimana yang penulis nukilkan di bawah. Smoga mendapat shafaat dan faedah kita bersama dalam mengawal tabiat pemakanan; kerana kita sedia maklum bahawa kebanyakan penyakit adalah berpunca dari perut. Cara pemakanan kita. ;-)

Dari Ibnu Úmar r.a., dari Nabi SAW sabdanya:

“Orang-orang kafir makan dengan tujuh perut, dan orang mukmin makan dengan sebuah perut.”

Gambar makan

Gambar sekadar hiasan

Dari Abu Hurairah r.a. katanya:

“Rasulullah SAW kedatangan seorang tamu orang kafir. Rasulullah SAW menyuruh perah seekor kambing untuk sang tamu, lalu diminum habis oleh tamu tersebut. Kemudian, baginda suruh perah seekor lagi, lalu diminumnya habis pula. Kemudian disuruhnya perah seekor lagi, habis pula diminumnya. Sehingga akhirnya dia meminum habis susu tujuh ekor kambing. Keesokkannya, dia masuk Islam. Rasulullah SAW memerintahkan supaya diperah seekor kambing untuknya. Susu itu diminumnya habis. Kemudian disuruh Nabi SAW supaya diperah seekor lagi lalu diberikan pula kepadanya, tetapi dia tidak sanggup menghabiskannya.

Maka bersabda Rasulullah SAW: “Orang mukmin minum dengan satu perut, dan orang kafir minum dengan tujuh perut”.”

(Terjemahan Hadith Shahih Muslim, Hadith 1969 & 1970)

2 comments Oktober 8, 2008


Selamat Membaca!

Ini ialah Clean Dear

Oktober 2008
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib

kategori

Popular

Kiriman Terbaru

Blog Stats

Tulisan Terbaik

Metamorfosis

Komen Terkini!!!

Ahmad Nizam pada Black Hole vs Sijjin
Mahmud Shah pada Anak Indigo
deden setiawan pada Anak Indigo
Dinda pada Jalan Mengenal Diri: Cara Bapa…
MahmudShah pada Anak Indigo
deden setiawan pada Anak Indigo
Mahmud Shah pada Tentang 12 Planet dan perkaita…
Mahmud Shah pada Black Hole vs Sijjin
Al Hikam pada Black Hole vs Sijjin
Mahmud Shah pada Jalan Mengenal Diri: Cara Bapa…
nur atika pada Tentang 12 Planet dan perkaita…
nur atika pada Tentang 12 Planet dan perkaita…
Mahmud Shah pada Lanjutan Sejarah Atlantis: Tam…

Blog Pilihan

Duniawi

Website Pilihan