Harta Karun

Harta Karun. Semua orang pernah dengar. Ceritanya ada emas dan batu permata yang tertanam di serata pelusuk tanah. Menurut sumber lisan yang boleh dipercayai, harta karun merupakan harta tertanam. Dan ada pula penjaganya di kalangan jin.

Penulis tertampil untuk berkongsi cerita berkenaan perihal harta karun ini. Harta Karun ini dikatakan tertanam di merata-rata tempat. Menurut cerita seorang pengamal perubatan tradisional, untuk mendapatkan harta karun bukannya mudah. Perlukan nyawa manusia! Benarkah begitu? Hmm…

Apabila bercerita tentang perkara ghaib ini, banyak yang tidak masuk dek akal. Ada seorang kawan penulis, mendapat harta karun daripada kebunnya. Harta itu telah lama tertanam. Tapi tidak dapat dinaikkan kerana sebab-sebab tertentu. Tapi entah bagaimana harta itu dapat pula dinaikkan oleh kawan penulis tersebut. Emas berketul-ketul dengan batu permata melimpah ruah. Kaya raya jadinya. Yelah jika Allah nak kurniakan rezeki, begitu banyak caranya bukan? Persoalannya sekarang, adakah pengambilan Harta Karun ini kita boleh katakan sepertimana kita melombong emas atau melombong galian di perut bumi? Ada usaha tetapi dengan bantuan jin mungkin. Masih menjadi persoalan.

Petikan akhbar seperti yang dilampirkan adalah berkenaan tarik harta karun secara realitinya yang pernah dilakukan oleh ‘orang-orang pandai’. Kita fikirlah bersama akan kesahihannya kerana pada zaman Kerajaan Nabi Sulaiman AS, jin-jin dikerahkan untuk mencari galian di perut bumi. Malahan kewujudan beberapa tamadun purba yang SUPERB akan binaannya menunjukkan kudrat yang membinanya bukanlah manusia biasa. Pastinya ‘tenaga sesuatu’ yang kuat digunakan. Sekadar bercerita.

Siapa ada pengalaman dialu-alukan menceritakan. Mana tahu silap-silap haribulan di halaman rumah kita tertanam harta karun pula. Wow!

  1. Salam ,saya ada kawan yg punya istana tenggelam dalam tanah nya. Istana Putri Nilam Sari d Bukit Panau ,Tanah Merah ,Kelantan.
    Beliau sering bmimpi aneh dan tidak tahu cara utk menaikkan barang2 d dalam nya.
    Sudah d bawa tukang .tetapi tidak mampu..
    Mohon berhubung 0122269119 0192299119

    • siva
    • 31 Mac 2010

    kenapa jin sri kandi boleh mengambil barang yang ditanam dalam tanah.?

  2. He he.. itu kerana itu ialah jin. Jin sri kandi itu bagaimana agaknya dalam kepercayaan anda?

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

      • siva
      • 2 Mei 2010

      bolehkah saudara terangkan kenapa jin srikandi boleh mengambil barang yang ditanam oleh kita.?

        • siva
        • 2 Mei 2010

        setahu saya kalau saya tak silap , jin srikandi ini adalah pahlawan wanita.? betulke saudara.?

  3. siva said:

    bolehkah saudara terangkan kenapa jin srikandi boleh mengambil barang yang ditanam oleh kita.?

    Hi siva, nampaknya anda ada perasaan minat tentang jin yang bernama srikandi ini. Jujurnya, penulis sudah membuat beberapa rujukan ilmiah berkenaan jin tersebut namun malangnya tidak pula terjumpa di mana-mana penulisan yang menerangkan panjang lebar berkenaan jin yang bernama srikandi tersebut.

    Apa pun penulis berasa tertampil untuk mengaitkan kebolehan jin ini sepertimana kisah Nabi Sulaiman AS yang para pembesarnya membawa istana puteri Balqis kepadanya di mana seekor jin yang bernama Ifrit menawarkan diri sepertimana terjemahan Surah An Naml ayat 39:

    Berkata ‘Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin: “Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya.”

    dan begitu juga beberapa kebolehan syaitan sepertimana Firman Allah di dalam Surah Al ‘Anbiyaa ayat 82:

    Dan Kami telah tundukkan (pula kepada Sulaiman) segolongan syaitan-syaitan yang menyelam (ke dalam laut) untuknya dan mengerjakan pekerjaan selain daripada itu, dan adalah Kami memelihara mereka itu

    Kebolehan yang dikurniakan Allah kepada para jin dan syaitan ini adalah kerana belas kasih Allah kepada golongan tersebut. Bagimana jin tersebut boleh mengambil barang yang tertanam? Semuanya adalah kebolehan mereka yang Allah berikan. :-)

    …di mana aku berada di sana ada DIA…

    • sivarajan
    • 14 Oktober 2011

    saudara, apakah cara untuk kita mengambil balik harta kita dari jin.? bila saya ketuk bunyinya macam peti,tapi kalau korek saya jumpa piring besi buat thosai.?

    • Encik sivarajan, sila emailkan kepada kami di shah_arjuna@yahoo.com. Kami ada cara jika benar apa yang encik maksudkan itu harta nenek moyang encik. Kita akan bantu sesama manusia jua… :-)

      …di mana aku berada di sana ada DIA…

  4. tlg saye boleh x..orang kata belakang umah saya ada harta karun emas

    • obe46
    • 22 Mac 2012

    Salam,sy ad kemusykilan tntang penarikan harta karun nih..ape kesannya trhadap akidah seseorang itu jika ianya yakin dengan bantuan jin atau bunian yg menolong dlm kerja2 tarik karun nihh dpt diselesaikan..minta penjelasan

    • ruz
    • 3 Mei 2012

    agaknya betol jugk..syetan mmg dia tau itu yg direbutkan oleh manusia.itu umpan yg paling ampuh utk menyesatkan manusia.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 31 other followers