Sejarah Bugis di Nusantara

Assalammu’alaikum.

Bagi tidak menghampakan permintaan salah seorang sahabat kita, Saudari Al-Hikam, saya paparkan di sini akan sejarah kaum Bugis serba sedikit yang saya peroleh daripada Wikipedia. InsyaAllah, jika ada permintaan, saya akan paparkan lebih terperinci bagaimana Kaum Bugis ini dikatakan Pelaut yang gagah berani pula. Selamat membaco!

Suntingan: Wikipedia Bahasa Melayu.

Suku Bugis
Bugis
 
Populasi
lebih kurang 4 juta.
Tumpuan Suku
Sulawesi Selatan: 4 juta.
Singapura, Malaysia,Sabah,Thailand
Bahasa
bahasa Bugis, bahasa Indonesia, bahasa Melayu, dan lain-lain.
Agama
Islam.
Kelompok Etnik Terdekat
Toraja, Mandar,Bone Makassar, Melayu.

Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia, dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatra, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak

Etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Islam.

Sejarah Awal Bugis

Kerajaan pertama Bugis mengikut La Galigo ialah Wewang Nriwuk, Luwuk dan Tompoktikka. Luwuk mendapat kedudukan istimewa kerana ianya dianggap sebagai ketua Bugis. Walaubagaimanapun, pada abad ke 15, berlakunya perubahan didalam sosio-politik, ekonomi dan agama disebabkan berlakunya migrasi penduduk dari persisiran pantai hingga ke tengah hutan belantara membuka penempatan baru. Didalam bidang ekonomi, penanaman padi sawah, pembuatan besi dan penggunaan kuda diperkenalkan. Dari segi agama, adat membakar mayat di sesetengah tempat mula diamalkan. Pada akhir abad ke 15, munculnya beberapa kerajaan baru menentang kerajaan Luwuk. Antaranya ialah Gowa (Makassar), Bone dan Wajo’. Kematian Dewaraja, seorang raja Luwuk, menyebabkan perebutan dinasti untuk memerintah Tana Ugi. Gowa bersekutu dengan Bone menawan Luwuk dan sekaligus mempunyai pengaruh yang besar ke atas Sulawesi Selatan.

Pengislaman Bugis

Sulawesi Selatan pada abad ke 16 mengalami suatu perubahan yang besar. Dalam tempoh masa ini, komuniti Bugis dan Makassar berjaya diislamkan oleh Abdul Makmur, seorang Minangkabau. Manakala pada pertengahan abad ke 16, Sulawesi Selatan dikuasai oleh Gowa dan Bone. Kerana kedua-dua negeri ingin meluaskan kuasa mereka, maka tercetuslah peperangan sesama mereka dan Bone dikalahkan. Sebagai membalas dendam, seorang putera Bone bernama Arung Palakka bersekutu dengan Belanda untuk menyerang Makassar. Pada tahun 1667-1777, Makassar jatuh ketangan Belanda dan ini menyebabkan migrasi Bugis ke Sumatra dan Tanah Melayu.

Bugis Dan Pembentukan Indonesia

Pada tahun 1799, Belanda menguasai seluruh Sulawesi Selatan. Dalam tempoh pemerintahan Belanda, pelbagai unsur-unsur baru diperkenalkan seperti sistem cukai dan buruh paksa. Pendudukan Jepun pada tahun 1942 mengubah pemikiran rakyat Sulawesi Selatan terhadap Belanda. Pada tahun 1945, selepas pengunduran Jepun, Sukarno mengumumkan kemerdekaan Indonesia tanpa pengiktirafan Belanda. Ini mencetuskan pertumpahan darah di Indonesia. Belanda kemudiannya terpaksa berundur dari Indonesia selepas komuniti dunia mengiktiraf kemerdekaan Indonesia.

Sejarah Bugis Di Tanah Melayu

Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ianya bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah,Raja Ali, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama.

Bahasa Bugis

Konsonan Lontara

Konsonan Lontara

Etnik Bugis mempunyai bahasa tersendiri dikenali sebagai Bahasa Bugis (Juga dikenali sebagai Ugi). Konsonan di dalam Ugi pula di kenali sebagai Lontara yang berdasarkan tulisan Brahmi.

Sastera Bugis

La Galigo

La Galigo adalah epik terpanjang dunia. Ianya wujud sebelum epik Mahabrata. La Galigo tidak boleh diterima sebagai teks sejarah kerana ianya penuh dengan mitos dan peristiwa-peristiwa luar biasa. Walaubagaimanapun, ia tetap memberi gambaran kepada sejarahwan mengenai kebudayaan Bugis sebelum abad ke 14 ;-) .

About these ads

11 Respons

  1. Salaam sdra Mahmud,

    Lamak. Awak dah post rupanya pasal sejarah Bugis ni. Dah lama rupanya dia kat sini. Saya boleh tak sedar seh. Semalam baru ternampak post ni. Dah 20 hari dah. Ish ish ish…

    Ape pun terima kasih lah iyyyer.. Sejarah diatas tu bertepatan dengan apa yang saya tau. Cuma memula tu saya heran gak bila disebut Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi. Setahu saya kepulauan Celebes… Rupa2nya orang Portuguese yang datang ke sana pada tahun 1525 yang menggelarkan kepulauan tu sebagai kepulauan Celebes.

    Kesian eh negeri tu dijajah oleh Portuguese, Belanda, Inggeris dan Jepun . Banyak pertumpahan darah berlaku. Dah tak cukup tu semua, rusuhan pulak antara Muslim dan Christian – paling teruk antara tahun 1998 – 2001 berlarutan sehingga 2006.

    Lama jugak sejarah Bugis ni kan. Dah wujud sebelum abad ke14 lagi. Agak2 sdra Mahmud ade tak tersimpan “annals” yang terperinci mengenai sejarah Bugis ni seperti mana sejarah2 omputih tu dijaga dan diarkibkan?

    Sejarah Bugis di Nusantara
    Ogos 4, 2008 oleh MahmudShah
    Etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni dan pedagang yang berjaya.

    >>> Kalau lah kita boleh ikut jejak datuk nenek moyang kita tu alangkah baik nya ya sdra Mahmud? Pedagang yang berjaya. Okey jugak tu. Tapi takmo lah jadi LANUN… Heee..

  2. apa peranan bugis kepada perdagangan?

  3. Salam ya akhi2 ukhti2 sekalian,

    Hanye tuk mencabar minda kite dalam sejarah…saya pautkan link http://www.sejarahnagarakedah.blogspot.com tuk same2 mengamati…langsung tak same ngan sejarah2 yg kite belajar selama ini…bacalah dr awal ek

  4. azrie: Salam ya akhi2 ukhti2 sekalian,

    Hanye tuk mencabar minda kite dalam sejarah…saya pautkan link http://www.sejarahnagarakedah.blogspot.com tuk same2 mengamati…langsung tak same ngan sejarah2 yg kite belajar selama ini…bacalah dr awal ek

    Salaam wahai saudaraku azrie. Cantik analisis dan penerangan sejarawan di dalam link yang saudara berikan itu. Saya linkkan di dalam blog saya ya! Budak2 muda kena tahu ni… penting untuk kita ketahui pengorbanan dan ketamadunan bangsa kita suatu masa dahulu. Terima kasih saudaraku. ;-)

  5. Salam ya akhi MS,

    Afwan….tapi bacalah dulu abis2 yer, betul ke idak masih perlu diperhalusi.

  6. edUp BuGiS. . . . .!!!!!!! majU lAa BuGiS uNtUk NeGaRa ! . !

  7. Salam Buat Semua Kerabat Bugis
    Dimana Jua Berada

  8. salam…saya ain,pelajar uthm… saya sedang membuat sedikit kajian tentang ciri2 akomodasi etnik bugis… di mane,mereka datang ke tanah melayu tapi still kekalkn ape yg diorg bwk… tp sy da bace, still xpasti lg ape yg masih kekal warisan bugis ni…yg maintain xberubh… leh sapew2 tolong x?

  9. yang tak berubah adalah pantang larang dan gaya hidup yang tersendiri,kaum bugis mementigkan malu.semakin malu seorang itu mereka akan dipandang tinggi.dan amat mementingkan persaudaraan.masakan tradisi pada tiap2 hari raya.banyak lagi sebenarnya.kalu nak athu lebih lanjut boleh datang rumah,ayah asal sulawesi dan masih berketurunan raja2 bugis.

  10. terus maju untuk negara, serta bangsa bugis

  11. Salam saudaraku encik Mahmud Shah.
    Mohon bantuan saudara untuk saya mencari & mengenalpasti susurgalur keturunan saya. Dari cerita lisan orang tua yang kenal nenek moyang saya mengatakan kami ini berasal dari Luwuk; keturunan Lamalluak..Ada cerita mengatakan pelabuhan Makassar dibina oleh moyang kami yang kemudian membuka pelabuhan di Boton juga mesjid terawal disana diatas bukit yang mana air periginya menjadi penawar segala penyakit. Ada juga cerita mengatakan 4 orang wira Bugis yang datang membantu negeri2 Melayu dengan 40 buah kapal setiap seorang mereka mendapat bekalan dan biaya darinya.Setelah 4 bersaudara itu berjaya dalam missi mereka, mereka enggan pulang untuk bertemu dan menunaikan janji mereka. Kerana sengkita dengan penjajah angkara saudara2 yang inginkan kekuasaan dan kekayaan, akhirnya dia terpaksa melarikan diri bersama saudara perempuannya ke Pontianak…Singapore..Johore dan kemudian menetap dan meninggaldunia diJohor manakala anaknyapula berhijrah ke Makkah dan meninggalkan kami di johor kerana menjaga harta peninggalannya.. Semasa di Singapore Allahyarham moyang saya berniaga ke Eropah yang mana kapal itu akhirnya terkandas di Afrika Selatan dengan 40 orang anak kapalnya terus menetap disana.Allahyarham ninda saya banyak menyimpan pelbagai rahsia dan enggan bercerita.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 94 other followers

%d bloggers like this: