Mengenal Diri Mengenal Allah

Julai 1, 2008

Bermula segala puji-pujian yang empat itu kembali kepada Allah yang Maha Pembimbing yang mengatur urusan kehidupan ini dengan penuh hikmah dan bijaksana. Selawat dan salam untuk Penghulu Mursalin Nabi Muhammad SAW. cahaya yang menerangi kegelapan juga untuk ahli keluarganya, para sahabat yang mengibarkan panji-panji agama menerangi seluruh Alam.

Risalah “Mengenal Diri Mengenal Allah” adalah hasil susunan Mahyuddin Muhammad Ghazali bin Haji Abdullah dari Madrasah Al-Fununiah Al-Tunjuniah Batu Lima Daerah Pendik Jalan Kuala Krai, Kota Bharu Kelantan.

Penulisan kembali risalah dari tulisan jawi kepada bahasa Melayu ini adalah semata-mata untuk memanjangkan tujuan utama penyusunnya sebagaimana yang tercatat pada mukaddimah risalah ini yang berbunyi:

Oleh kerana timbul dan berlaku beberapa pelajaran dan amalan yang dinamakan Ilmu Isi yang boleh menyampaikan kepada Makrifat Ketuhanan, maka dhohirlah berbagai-bagai I’tiqad atau pegangan hati yang menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan sesat lagi menyesat kepada orang ramai.

Dengan jalan yang demikian, maka saya tulis sebuah risalah yang dinamakan “Mengenal Diri Mengenal Allah” sebagai panduan jalan yang boleh menyampaikan kepada makrifat yang sebenar mengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Suluk telah menyusun kembali risalah ke dalam Bahasa Melayu dengan membuat sedikit tambahan kepada perkara-perkara yang memerlukan huraian yang lebih sebagai penyebar kebenaran di samping untuk memudahkan pelayar siber mencari panduan yang selamat dalam mencari maklumat-maklumat yang berguna, bermanfaat dan selamat. Semoga usaha ini direstui oleh penyusun asal dan mendapat keberkatan Allah dunia dan akhirat walaupun Suluk sedar diri ini bukanlah ahlinya. Suluk telah membahagikan risalah ini mengikut tajuk-tajuk yang ada dalam risalah tersebut seperti berikut;

1.Mabadi Ilmu Tasauf Mabadi sepuluh yang menjadi tunjang bagi tujaun ilmu

2. Penerimaan Agama Huraian cara dan salsilah penerimaan ilmu dan agama .

3.Yang Dinamakan Agama Huraian himpunan yang mencakupi Iman, Islam, Tauhid dan Makrifat.

4. Feadah(Hakikat Makrifat) Syarat-syarat untuk memperolehi hakikat makrifat

5. Mengenal Diri Mengenal Allah Menyelidik asal kejadian diri dari pandangan tasauf

6. Ruh Akal Nafsu dan Qalbu Perbincangan mengenai akal, nafsu, ruh dan qalbu dari aspek hakikat

7. Asal Kejadian Pendedahan tentang apa itu Nur Muhammad dan kejadiannya

8. Ringkasan Martabat Tujuh Ilmu Tahkik yang menjadi kemuncak dan pati Ilmu Tauhid

9. I’tiqad Yang Bidaah Keterangan mengenai berbagai-bagai i’tiqad yang sesat lagi kufur

Insyaallah…akan saya huraikan setiap satunya berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai. Semoga mendapat manfaat.

Entry Filed under: Jalan Mengenal Diri. .

5 Comments Add your own

  • 1. zack  |  Ogos 4, 2008 at 6:07 pm

    kenal diri katanya kenal Allah. Tapi bila dah kenal masih ada lagi diri… mana Allah yang sebenarnya… Macam mana mahu di bereskan..

    Balas
    • 2. zack  |  Oktober 10, 2009 at 10:38 am

      Kenel diri memang kenal Allah. Tapi Kenal Allah dengan zat Nya yang dipancar susukkan kedalam ujud diri ini. Oleh itu kita harus mangaji dengan lebih dalam dan jauh lagi sehingga ke tahap mengenal diri dengan lenyapnya zahir diri ini. Jika makam ini boleh dicapai, barulah ianya boleh dinamakan juga mengenal Allah…

      Balas
  • 3. MahmudShah MY  |  Ogos 5, 2008 at 12:35 am

    Terima kasih Zack di atas pertanyaan itu. Allah menjadikan ‘Diri’ kita untuk menunjukkan kekuasaan dan keluasan ilmu-Nya. Kita akan kenal Allah dengan ertikata bilamana kita sudah benar2 kenal akan Diri kita. Manusia dijadikan Allah sebagai mkhluk yang menjadi khalifah di muka bumi. Kerana apa agaknya? Ya, kerana manusia telah dikurnai ‘Akal’ (zahir dan batin). Itulah kekuasaan Allah. Kita tidak mampu melihat zat-Nya jauh lagi melihat wajah-Nya. Kerana itu adalah termasuk dalam perkara-perkara yang ghaib. Apa yang perlu kita laksanakan ialah kita kembali kepada ke-Diri-an kita semula. Di situlah segala rahsia langit dan bumi tersusun rapi. Dan di situlah jua keyakinan kita kepada kuasa Allah semakin mantap dan tegar.

    …di mana ada aku, di situ ada DIA…

    Balas
  • 4. Ahmad  |  Oktober 26, 2009 at 1:18 pm

    …Siapa Kamu?
    …Kamu Adalah Aku…
    Dan Aku Adalah Kamu…

    Persandingan yg indah!

    Balas
  • 5. fika ambono  |  Oktober 26, 2009 at 10:17 pm

    saya kagum dgn ktrgn diatas namun ramai yg tdk mahu mgnali diri …dan tdk mahu mencari diri masyallah rindunya dgn allah…

    Balas

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Selamat Membaca!

Ini ialah Clean Dear

Julai 2008
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib

kategori

Popular

Kiriman Terbaru

Blog Stats

Tulisan Terbaik

Metamorfosis

Komen Terkini!!!

Mahmud Shah pada Anak Indigo
deden setiawan pada Anak Indigo
Dinda pada Jalan Mengenal Diri: Cara Bapa…
MahmudShah pada Anak Indigo
deden setiawan pada Anak Indigo
Mahmud Shah pada Tentang 12 Planet dan perkaita…
Mahmud Shah pada Black Hole vs Sijjin
Al Hikam pada Black Hole vs Sijjin
Mahmud Shah pada Jalan Mengenal Diri: Cara Bapa…
nur atika pada Tentang 12 Planet dan perkaita…
nur atika pada Tentang 12 Planet dan perkaita…
Mahmud Shah pada Lanjutan Sejarah Atlantis: Tam…
tri yuli wardiyanti pada Lanjutan Sejarah Atlantis: Tam…

Blog Pilihan

Duniawi

Website Pilihan